Trip to Cameron Highlands – Part 1
Assalamualaikum readers,
Last week cuti panjang Christmas 2011, kami ke Cameron…weehhaaaa!!
Dah lama Ummi nak g sana, nak merasa cuaca dingin dan sejuk dan menghayati alam…cewahh.
Selalu dah ajak Abi bawa kami anak-beranak jalan-jalan..katanya “Adam kecik lagi..belum tau nak behave.., nanti susah nak kawal…” Ohhh…but i need this holiday!! Then we go on backpack 3 days 2 nights…memang Abi dah sedia booking dia Brinchang…
But owwhh…the journey!..Kami naik dari Simpang Pulai…sebab nasihat kawan-kawan jalan di situ lebih selamat dari lalu Tapah…but same…mengerikan..Kalau orang naik bas rombongan macamanalah yaa…Apapun kena ada driver yang berhemah..macam kami :p (Cuma dok berfikir..macamanalah diaorg first time buat jalanraya ni…entah berapa kali turun naik bawa tar goreng..)
Pujuk punya pujuk dapatlah kami ke sana…stay @Natasya Hotel..
Boleh dikatakan demand price jugaklah berpatutan dengan view dan keadaan apartment..
Nice view…really…even tempat sejuk Adam tetap bangun 5.30am mintak mandi…Aduhaiii..
Ni pulak view dari apartment Natasya tempat kami stay…boleh nampak orang bercucuk tanam…
Orang kata cuaca kat sana sejuk…emmm, Adam pulak dok tak mahu pakai jacket pun. Budak tu kuat berpeluh…Agaknya dulu-dulu cuaca kat CH ni memang sejuk, sekarang ni rasa macam aura dingin je. Agak selesa nak berjalan-jalan dek kerana tak berapa panas (tak perlu bawa payung)..Angin pun sepoi2 bahasa!
Bila dah petang barulah rasa dingin mencucuk2 sampai nak pijak mozek pun rasa sejuk sesangat (kenalah pakai stokin…hehe!)
Adam pantang nampak peti ice-cream, bukak sendiri ambik ice-cream dan pergi kaunter nak bayar…belambak pulak peti eskrem kat kebun-kebun ni…huhu…sabar je laahh..












