We are free from summons..

Posted by qasidah | Dear Diary | Monday 28 February 2011 1:46 pm

Assalamualaikum readers,

Hari ini hari terakhir untuk menyelesaikan saman anda ye!
Kami pun tak terlepas dari hutang2 tak berbayar ni..
Saya pun terlupa hal-hal ni…pepagi buta smlm Abi dah bersiap-siap bangun pagi untuk ke Balai Polis Central, JB..terkezut juga bila Abi tanya “Umi, Abi nak ke trafik, bayar saman!..kol brapa ye kaunter bukak?”..
“Emm…kol 8 kot..macam opis hour”…umi menjawab..
Memang baik pegi Central je terus…g post office nanti server problem…

Kol 8 Abi SMS..dah check saman…Abi punya ada 2 saman…kete Umi free…
Alhamdulillah..syukur…cuma kena rm100 lepas diskaun 50%..
lama juga Abi ambil nombor…dah 150++ katanya…tunggu hingga 1030pg baru settle bayar dan Abi pulang dengan sungguh kepenatan…haha…:)

Ketahuilah kerajaan Malaysia…rakyat-rakyat kecil ini bukan tak mahu bayar hutang…
Lihatlah berapa ramai yang terpaksa menunggu gaji hujung bulan untuk membayar hutang..

Rata-rata yang saya lihat diinterview kat TV, terpaksa menunggu gaji awal bulan untuk membayar saman.
Lihatlah betapa gaji di Malaysia tidak menjamin rakyat untuk ada lebihan simpanan…
Bila gaji naik, harga barang naik..bila gaji tak naik harga barang pun tetap naik..
Sememangnya, kerajaan perlu review semula gaji minimum rakyat tak kiralah swasta / kerajaan supaya selaras dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup…

Moralnya, simpan laa saman-saman anda..bila ada diskaun baru bayar..
bayar pulak time dah nak peak..last minit…memang nak kena…kalau bukak web pun dapatlah warning ni “Please be informed that the PDRM Online Summons Payment servers are running at maximum capacity and temporarily under urgent maintenance. Sorry for any inconvenience”.. Sekian!

Aktiviti hari minggu

Posted by qasidah | Dear Diary,Hobbies | Monday 28 February 2011 12:55 pm

Assalamualaikum readers,

Semalam kami ke taman seperti biasa.
Boleh dikatakan setiap hari minggu kami ke taman dengan berjalan kaki.
Satu senaman ringkas sambil mendukung Adam Hariz hingga ke taman (boleh tahan semput juga nak sampai ke taman…jarak 200 meter dari rumah ) dengan melalui stesen Petronas dan jalanraya yang banyak kenderaan! Cuaca petang amat baik dan menenangkan…kalau hujan takdelah aktiviti ni..

Hari minggu memang ramai orang kat taman especially playground…rasa macam suasana 1Malaysia juga. Sebab kanak-kanak main tak kira warna kulit pun…itulah playground yang ada untuk dikongsi bersama!
kalau hari-hari biasa taklah begitu pack…jalan2 pun lebih lengang..

Semalam Adam sibuk ‘mengusha’ basikal seorang kanak-kanak lain…
Basikal roda tiga tu…sebenarnya bukan apa…dia berkenan nak pusing roda aje..
Naik basikal tak berani pula…cukupla menyorong basikal aje..sambil menekan-nekan hon…

(more…)

Resepi Nasi Gaul @ Nasi Tomato

Posted by qasidah | Recipe | Monday 28 February 2011 11:33 am

Assalamualaikum readers,

Harini saya nak kongsikan satu resepi masyarakat Banjar…utk makluman saya orang Banjar Batu Pahat, Johor. Resepi ini resepi yang biasa mak saya buat untuk kami sekeluarga..Sabtu lepas saya masak untuk kami anak-beranak…Lebih kurang macam Nasi Tomato la..cuma nasi tomato ayam selalunya kita masak merah (masak sos)..Hehe..

Bahan A – (untuk dapatkan ayam/daging rebus dan air rebusan nasi)
Minyak masak
Minyak sapi
300ml air
Ayam/ Daging (dalam 1kg @ setengah kilo) – bergantunglah, saya selalu gunakan ayam sahaja sebab cepat empuk :)
5 biji Bawang kecil – dihiris
3 biji Bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
kayu manis, bunga lawang dan yg sewaktu dgnnya
garam dan ajinomoto secukup rasa..

  1. Panaskan minyak (tambah sedikit minyak sapi). Minyak sapi untuk beri bau wangi skett…tumiskan kayu manis dan bahan2 hiris semua..
  2. Lepas garing..masukkan sos tomato dalam 1 senduk..boleh tambah untuk yang mau lebih masam..
  3. Masukkan air 300ml..
  4. Kacau-kacau hingga didih..masukkan ayam/daging…
  5. Tambahkan ajinomoto dan garam…
  6. Tunggu hingga ayam/daging masak…
  7. Tapiskan untuk dapatkan air rebusan dan sejukkan sebentar..
  8. Gunakan air rebusan untuk memasak nasi…

Bahan B – (untuk Dalca)

3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
kayu manis, rempah tumis..
200g daging / ayam
serbuk Kari / kari Sambar
kentang, lobak, – potong kecik2
kacang panjang

  1. Panaskan minyak, tumis bawang dan rempah tumis..
  2. Lepas garing..masukkan serbuk kari sambar Babas..
  3. Kacau-kacau, masukkan daging / ayam..masukkan air secukupnya..
  4. Masak hingga empuk…tambahkan kentang, lobak dan kacang panjang..
  5. Masukan garam, asam keping…
  6. Ready to serve…

Bahan-bahan untuk saladnya :

2 biji timun – dihiris
4 biji tomato – dihiris
3 biji lada besar merah (kalau nak kurang pedas kurangkan kuantiti)
1 biji bawang besar -dihiris
5 sudu besar sos tomato
air belacan (dalam 1 inci)
garam

***Campurkan semua bahan-bahan sekali dalam bowl..kacau-kacau dan ready dah saladnya!

Untuk hidangkan, rendam daging/ayam rebus tadi ke bowl salad…untuk menyerap rasa air salad…hidangkan bersama dalca dan nasi..sedia untuk hidangan tengahari anda! Selamat mencuba…

Monolong tengah malam..

Posted by qasidah | Dear Diary | Friday 25 February 2011 11:37 pm

Assalamualaikum readers,

Selamat malam…it already 11pm… :)
Leka menonton Spiderman 3 @ TV3…dah rasa ingat jalan cerita…Ahaks..
Umi menunggu Abi pulang dari Batu Pahat, melawat kawan ofisnya yang meninggal dunia..
Inalillahiwainnaillaihiraji’un…sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali…

Lutut dan sendi-sendi rasanya sakit….menghabiskan masa luang bersama Adam…
Rasa dah bosan window shopping kat Jusco, Tesco kami berkunjung pula ke Giant..hehe..
Kami ke Giant Plentong…window shopping dengan keadaan kepenatan sebab Adam semakin galak berlari-lari..
Menyesal rasanya tak bawak troli…dah masuk Giant rasa banyak barang nak beli…:P
Tangan pun dok penat pimpin Adam berjalan sehingga tak terkejar rasanya…dia pulak dok sonot main chak3..
belum campur lagi peramahnya Adam menyapa sapa saja (termasuk baby..) yang dia jumpa…alahai peramahnya!! Tulah penangan anak galak baru nak laju berjalan… huhu…

Apa yang umi nak beli pun tak dapat…letih mendukung dan aksi kejar-mengejar je..
tak apalah..nanti kita datang dgn Abi lagi…jeling2 je la kat pampers2 yang murah2 tu…mmg xlarat la nak pikul
Kesimpulannya, masukkan si kecik anda dalam troli even dah pandai berjalan…supaya mudah nak kawal mereka..(Grinn…) Adam dapat McChicken Lunch set dan ice-cream sundae..yummy!
umi belanja supaya lagi mudah nak kawal dia (rasuah ke ni….owhh tidakk…)
Adam juga dapat belon mcD (warna pink la pulak…) sampai dia teruja nak main belon je…

Last-last dapat juga umi grab kain untuk ganti bantal buruk kat rumah tu…(tah bila pula nak jahitnya…)
Risau juga Adam hilang…sebab dia suka berlari-lari sembunyi kat kain-kain dan langsir2 Nagoya…
Mau haru kalau satu blok kain tumbang…uhuhu…mujurlah kasut Adam ada bunyi…
Memang wajib kanak-kanak kena ada kasut bunyi..pet..pet..pet…
Untuk pastikan dia tak hilang dan kita alert jika bunyi semakin jauh..
tapi semuanya dicipta dengan bunyi yang sama…alahai…

Kami drive pulang dengan keadaan Adam terlena memegang belon…hujan lebat melanda…sedap sungguh Adam tido…uhuhu…kaki umi masih sengal-sengal…Adoiii…. :(

(maaflah entri merapu…saja hilang boring…:)

Letak favicon pada website anda

Posted by qasidah | Tutorials | Friday 25 February 2011 6:04 pm

Assalamualaikum readers,

Tau tak favicon?
Favicon tu combine dari “favourite” dan “icon”…
kalau web ada favicon tu nampak macam unik dan personalize skett…yeke? :)
Kalau kat google tu boleh nampak icon macamni..

Cara-cara nak buatnya senang jer..

  1. Mula-mula buat logo/icon anda..guna Adobe Photoshop ke, Paint ke..terpulanglah…selalu saya guna Photoshop sebab nak savekan layer tu transparent…supaya logo nampak timbul…
  2. Setkan size 50x50pixel @ 100x100pixel…asalkan bentuk segiempat sama..
  3. Savekan sebagai .jpg, .bmp, .png, .gif ke…(tak kisahla format mana2 satu sebab nanti kita akan convert .ico…
  4. Buka Dynamic Drive Favicon Generator (free software untuk tukar jadi .ico )
  5. Pilih icon yang anda dah save. Klik “Create Favicon”…ia akan secara automatik tukar file anda jadi .ico…(ada sekali preview gamba file tu..)
  6. Download file tu…jangan tukar nama fail…memang dah set favicon.ico
  7. Uploadkan fail ke directory web anda…(tau kan cara nak upload guna FTP??)
  8. Letakkan sourcecode ini pada header.php file anda…kena letak diantara <head> dan </head> tag..
  9. sourcecode  :  <link rel=”shortcut icon” type=”image/x-icon” href=”http://www.domainanda.com/path/favicon.ico“>… sila tukarkan href link anda mengikut dimana anda simpan fail favicon itu…
  10. Taraaa….dah siap…jika berjaya nanti anda akan nampak favicon pada website anda… :)

Selamat mencuba…jika tak berjaya sila ulang langkah 1…

 

Sistem kedai online dengan Zen Cart

Posted by qasidah | Books | Thursday 24 February 2011 4:30 pm

Assalamualaikum readers,

Harini saya nak kongsikan satu lagi buku yang sesuai untuk user yang nak membuka kedai secara maya/online. Alhamdulillah, dah selamat pun saya baca buku ni..even dah lama beli dok dalam simpanan dah lama juga… :)

Tajuk : Sistem Kedai Online dengan Zen Cart
Penulis : Sabri SaifulSham & Syazwan SaifulSham
Harga : RM15.50
Penerbit : PTS Publication

Banyak idea-idea yang disertakan dalam buku ni, tapi bersesuaian dengan beginner juga sebab disertakan langkah demi langkah cara untuk membuat kedai online dengan mudah dan murah..

Zen Cart ni kira macam open source, percuma dan software ni dicipta dengan tool-tool yang lengkap untuk memulakan bisnes. Ia adalah antara shopping cart yang paling banyak digunakan didunia..

Saranan untuk beginner, kene baca banyak kali untuk faham..sebab untuk buat sesuatu tu kena faham konsepnya..tak boleh buta-buta hafal..next time kalau ada additional step dah teraba-raba balik… :) Penerangan agak mudah juga…tapi lagi bagus kalau sambil baca dan sambil praktik..kalau tak faham boleh semak semula pada buku…walaupun taklah 100 peratus exactly kita buleh follow, buku ini sangat bermakna untuk sesiapa yang baru bermula untuk membuka kedai online (macam saya??…hehe, kedai tak ada lagi…cita-cita ada!)

Apapun, kena fikir positif..kalau tak faham boleh baca berulang-ulang kali….ilmu bergantung pada setiap orang, ada yang mudah mendapat ilmu dan ada yang kena ulang tayang supaya lebih lancar…Selamat mempraktikkan buku ini!!

Buang “category” pada link URL

Posted by qasidah | Tutorials | Wednesday 23 February 2011 2:04 pm

Assalamualaikum readers,

Jika anda menggunakan medium WordPress untuk blog anda kemudahan permalink sudah disediakan secara automatik oleh WordPress. Kadang-kadang kita perlu menukar struktur URL pada link supaya lebih mudah, user-friendly dan mudah nak ingat. Selalunya pada WordPress installation akan ada perkataan “category” yang membuatkan URL anda lebih panjang dan tak berapa cantekk :(

Contohnya :

Anda ada satu kategori yang bernama ” tutorials”…
URL asas WP akan jadi seperti ini :
www.domainanda.com/category/tutorials

dan anda bercadang untuk buang “category” dari link tersebut :
www.domainanda.com/tutorials

Terdapat fakta yang mengatakan URL yang panjang akan menyukarkan carian SEO (search engine optimization) kerana kategori boleh diibaratkan sebagai ceraian-ceraian kecil pada jigsaw puzzle, SEO pula adalah berdasarkan bagaimana enjin carian bekerja dan apa yang dicari oleh pengguna. Penggunaan link yang lebih mudah akan memendekkan aktiviti pengindeksan oleh enjin carian.


“WP No category base” plugin adalah penyelesaian mudah yang boleh didapati di http://wordpress.org/extend/plugins/wp-no-category-base/.

Cuma download plugin, install dan activate plugin.. :P

Rawatan kanser payudara secara Islam

Posted by qasidah | Love your life | Tuesday 22 February 2011 4:23 pm

Assalamualaikum wbt…

Last week saya ada menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O siaran Jumaat…
Segmen yang agak menarik pasal kanser payudara..ada satu testimoni ni…dia dah sampai kanser tahap 4…dah kira merebak banyak kawasan…dah buat kimoterapi dan radioterapi…alhamdullilah sihat…
Kemudian, buat rawatan susulan ada lagi kanser tu…makcik ni dah tak mau buat kimo dan radio lagi..
tah macamana lemahnya kalau buat kimo tu yer??

Last-last dia berubat secara Islam kat Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, berasaskan al-Quran..
ustaz tu beri dia surah-surah yang perlu diamalkan setiap kali selepas solat..
saya nak kongsikan surah-surah yang dapat saya salin untuk tatapan bersama…
tapi menurut ustaz (ustaz Lokman namanya…) ayat-ayat yang kita baca bergantung pada tahap keseriusan penyakit..bukan semua ayat bersesuaian dengan tiap-tiap orang…so, kena datang ke pusat rawatan untuk discan terlebih dahulu baru ayat-ayat boleh diamalkan…

Ini surah-surahnya :

  1. Surah al-A’raf (ayat 70-81)
  2. Surah al-Anbiya (ayat 38-50)
  3. Surah ar-Rad (ayat 16-28)
  4. Surah az-Zukhruf (ayat 52-70)
  5. Surah Ghotir (ayat 67-77)
  6. Surah Hud (ayat 60-80)
  7. Surah Yunus (ayat 71-80)

Untuk detail pasal rawatan sila email : lokman.alhidayah@gmail.com

Ataupun telefon : 03-6186 7368 / 019-3159277

Sesungguhnya, segala penyakit itu datang dari Allah untuk menguji kesabaran ummatnya..makcik yank buat rawatan ni pun belum pulih sepenuhnya tapi lebih tenang dan gembira selepas amalkan rawatan ni..

p.s : iklan ini untuk manfaat bersama…Insyaallah

Monkeys no parking

Posted by qasidah | Hobbies | Tuesday 22 February 2011 3:50 pm

Assalamualaikum wbt…

Ada koleksi gambar2 menarik yang saya nak kongsi harini..koleksi santai-santai saye!
Belek punya belek album dalam lappy jumpa satu folder nii…dulu hobi snap2 apa-apa aje objek yang nampak unik. Gambar ni diambil kat atas Bukit Malawati Kuala Selangor. Ada banyak beruk-beruk kat sini, memang tempat beranak-pinak..dah semua tempat kena clearkan utk bangunan, sinilah tpt tinggal mereka..

seekor je boleh parking kat sini

(more…)

Quranic Law of Attraction

Posted by qasidah | Books | Monday 21 February 2011 4:59 pm

Assalamualaikum wbt…

Alhamdullillah, ku panjatkan syukur kepada Allah…rasanya belum terlewat untuk membaca satu naskhah istimewa karya Rusdin S. Rauf ini. Buku ini dialih bahasa ke bahasa Melayu oleh PTS Publication. Abi yang beli buku ni..tapi aku yang dah selesaikan pembacaan dulu.

Banyak perkara yang diceritakan mengenai Al-Quran, mukjizat Rasulullah…
Buku ini amat istimewa…mengenai menyerlahkan potensi diri dengan Hukum Tarikan (Law of Attraction) berdasarkan al-Quran..Rasanya terlalu kerdil sebagai umat Muhammad kerana aku jarang membaca tafsiran al-Quran..selalu fast reading je.. :(

Menceritakan bagaimana konsep doa, syukur dan sabar. Elemen-elemen penting yang perlu dipraktikkan supaya permintaan dikabulkan..

Apabila kita mendapat kesenangan, kesyukuran adalah bayarannya dan ketika kita ditimpa kedukaan, sabar pula bayarannya

Banyak petikan doa-doa didalam al-Quran yang perlu diamalkan contohnya:

  • Apabila saudara belum dikurniakan cahaya mata, amalkan membaca doa Nabi Zakaria sekerap mungkin dan fahamilah maknanya ” Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa dan berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku  seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu…”  (Surah Maryam ayat 4-5) 

Ada banyak lagi ilmu yang harus dimanfaatkan semua menepis keraguan, bangkit dari kegagalan, melatih kesabaran, bertindakbalas dan waktu yang tepat membaca al-Quran…

InsyaAllah…buku ini bermanfaat untuk semua! Ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Next Page »