Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2011

Posted by qasidah | Dear Diary | Monday 21 February 2011 2:59 pm

Assalamualaikum wbt…

Semalam kami ke Festival Layang-Layang Pasir Gudang…
Tu dia…first time kami dapat datang ke sini..walhal dah lama dok JB (malu ehh…)
Festival tu start dari 16-20 Feb…tapi dok kerana saya cabut gigi…terlewat la dpt pegi..
Semalam hari terakhir..tu pon dok jenuh gak ajak bos pegi…bos penat..sbb hari Sabtu dia keja…ada in-charge training…dia cakap jalan jem…parking takdak…huhuhu…tapi kami nak pegi jugak! tak kire…

Pagi-pagi lagi kami dah sampai sana, dalam 930pg…fuhh…memang betul…parking atas bukit daaa…
Bos cakap kalau kita fikir keluar pagi ada parking…semua orang pun fikir gitu gak..
buat la lot-lot parking sendiri…Adam pulak tertido kena econ..kena la tunggu dia qada tido dulu baru kami leh gerak…kalau tak mau dia mengamuk nanti…lagipun angin tak berapa ada…layang-layang pun tak berapa nak naik….dari jauh boleh nampak kalau layang-layang naik…(bertapa la dalam keta jap..)

Pas Adam bangun, kami gerak ke padang…ramainya orang….semua nak tengok layang-layang..
Tapi layang-layang kecik je yang boleh naik…layan jelah…angin tak berapa kencang…
Tunggulah jugak sampai 2jam…hari redup dan berangin barulah ada layang-layang yang bakal naik..
Rupa-rupanya kalau nak naikkan layang-layang yang beso-beso tu kena guna traktor eh…
ikat kat traktor..baru selamat…kalau tak mau ada peserta yang naik sekali kena tiup angin…
(haha…baru ku tau…jakun!!) takpelah at least dah tau kan… :) (more…)

Apa ada pada Facebook?

Posted by qasidah | Information | Friday 18 February 2011 6:10 pm

Assalamualaikum wbt…

Harini aku nak berbicara santai pasal facebook..
Semua orang yang aktif online pasti ada akaun facebook…tak lupa juga aku..
Tapi sejak kebelakangan ni aku rasa masyarakat Malaysia seakan-akan terlalu fanatik pada facebook..
Aku tak salahkan mereka yang terlalu taksub pada ruang borak ni..
Pada aku facebook ni aku wujudkan atas permintaan kawan-kawan nak keep-in-touch forever…kadang-kadang bertegur sapa..
Tapi entahla…aku lebih suka mengambil sikap biasa2 aje..takla terlalu fanatik..

Pada aku, Facebook ni ala-ala ruang borak2, kepoh2 (pompuan biasa suka…)
Apa taknye masak Maggi pun masuk Facebook…tu lom kira lagi nak promote gambar tercantik mengalahkan artis Bollywood…yang paling bahaya…kes letakkan nombor telefon anda di FB, tak payahla buat macamtu…kalau kawan tu betul2 nak suruh je mintak private mesej je…amatlah merbahaya kalau anda pamerkan nombor telefon kat umum…insaflah rakyat Malaysia…Facebook tu akan merosak jika keterlaluan…

(more…)

Diet zaman batu

Posted by qasidah | Love your life | Friday 18 February 2011 5:13 pm

Petikan dari Utusan Malaysia Online untuk tatapan bersama…

SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.

Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.

Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.

Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

 
(more…)

Galakkan anak minum air kosong

Posted by qasidah | Parenting Guide | Thursday 17 February 2011 4:26 pm

Assalamualaikum wbt..

Hari ni saya ingin kongsikan cara-cara untuk mengalakkan anak minum air kosong@ air masak.
Kebanyakan anak-anak kita kurang gemar nak minum air masak kerana lebih suka minum susu. Jangan halang anak daripada minum susu, nanti kalau dia dah tak mau minum susu lagi susah, terlebih pula jadi obes! Cuma galakan minum air masak akan membantu memberi alternatif kepadanya membuat pilihan.

Minum air masak dapat mengurangkan dehiderasi, iaitu kekurangan cecair di dalam badan yang berpunca dari kekurangan pengambilan air atau kehilangan air berlebihan.

Saya pernah terbaca mengenai satu artikel yang tidak menggalakkan ibubapa memberi air masak kepada anak dibawah umur 1 tahun kerana akan menyebabkan perut bayi mengalami jangkitan parasit (kebenarannya Wallahalam..). Saya telah memulakan memberi Adam minum air masak dengan kerap selepas umur 1 tahun. Terdetik juga kadangkala kaum ibu Cina memberikan anak mereka air masak pada umur yang masih kecil (bawah 6 bulan), adakah sebarang kesan sebenarnya? Ataupun menjadikan anak lebih bijak?

(more…)

My 2nd minor surgery

Posted by qasidah | Dear Diary | Thursday 17 February 2011 1:30 pm

Assalamualaikum wbt..

Lama sudah tak update blog…
Lama juga tak bukak lappy…cuti panjang Maulidur Rasul dan cuti sakit gigi…
Lama juga menyepi sebab tak sempat nak bukak laptop (kerana anakku juga dah pandai mencabut key-key pada laptop)..Hasilnya, huruf-huruf sudah longgar dan tercabut!

Semalam aku ada temujanji dengan doktor pakar..untuk mencabut gigi yang kedua.
Sila refer post sebelumnya “cik gigi oh cik gigi”…
Pagi2 dah bersiap-siap mandi, siapkan Adam sekali. Abi cuti hari ini untuk babysit Adam..
Lepas hantar aku, Abi dan Adam bergegas ke LHDN dan Maybank untuk settle urusan dia…

Hati dah rasa dup-dap..cemas…sebab ini gigi terakhir ‘wisdom tooth’ yang perlu dilunaskan..
Gigi ini agak sukar berbanding yang sebelumnya..sebab jenis ‘baring’…sebab tak cukup kawasan nak tumbuh!
Bayangkan macamana nak cabut gigi yang baring…kira mcm mengufuk laa…
Surgeri yang dulu taklah terasa sangat sakitnya..mcm dah lupa…haha…

(more…)

Kisah Adam dan kawan baiknya

Posted by qasidah | Dear Diary | Friday 11 February 2011 4:43 pm

Assalamualaikum wbt..

Entri hari ini pasal kawan baik…a.k.a besfriend…
Anakku Adam ni ada kawan baik..sejak dari lahir makciknya ajar dia tido dengan tuala..
Pas daripada tu..tiap kali tido nak pegang tuala..buat dia rasa selesa kot…
Tuala ni jenis ‘baby hood’ tu..yang buat balut baby..tapi materialnya jenis tuala…
Warnanya purple ok…not pinky..hehe…auww…auww nanti susah pulak!
Tu yang pakat sampai skang ni tak boleh lekang kemana-mana nak bawak..

Al-kisah, satu hari ku ajak Adam mandi…dia merengek nak bawak ‘kawan baiknya’ tu mandi jugak…
dah ku letak, diambil semula..2 3 kali jugaklah…last-last dok merajuk kat depan bilik air dek kerana tak dapat bawak tuala tu pegi mandi sama….eeiii…hangin jugak rasanya (sabar2). Mandi pun taknak berdiri…habis digigit baldi tanda protes…huhu…merajuk bagaii…ingat masa mandi je…time nak pakai pampers pun merajuk jugakk…rasanya kesabaran dah tahap gaban ni!!…Grrr…

(more…)

Ceritera Lampu Merah

Posted by qasidah | Dear Diary,Love your life | Thursday 10 February 2011 11:44 am

Assalamualaikum wbt…

Semalam memang dah rancang nak cari barang dapur kat Smart Pandan. Dek kerana cuti Raya Cina, kebanyakan kedai tutup( kenapa kedai tutup? sebab tak ramai orang Melayu yang ada bisnes jualan barang-barang runcit). Dah 2 hari makan berlauk sardin tin dan ayam goreng pek segera…Huhu…”kami dah tak tahan lagi!’…nanti habis tulang-temulang reput macam sardin..

Usai Adam bangun tido pagi (dia selalu tido dalam 1 jam sebelum segar semula)…saya drive kereta dan letak Adam di baby seat. He look excited sebab nak berjalan-jalan..hehe..melalui Taman Daya, hati mula rasa tak sedap..

“Nak belok masuk lalu kedai-kedai ke lalu jalan besar? Trafik macam lemau je….”

(more…)

Cik Gigi oh Cik Gigi!

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 8 February 2011 1:15 pm
Assalamualaikum wbt..

Dua hari sudah cik gigi sakit lagi…rasa macam nak marah orang je!

Rasa dah nak marah tahap gaban…cik gigi ni sakit pulak time2 ni…cik gigi ni asalnya dah dicabut tahun lepas…gigi paling belakang sekali (nama glamour kalau doktor panggil wisdom teeth). Malangnya, doktor yang cabut tu tak cabut habis…then cik gigi tumbuh semula lepas kawasan yang agak sempit dibersihkan…uhuhuhu…wisdom teeth ni terjadi sebab kawasan gigi tak muat untuk menampung gigi yang nak tumbuh. Tak muat kawasan…tu yang menyebabkan gigi tak buleh naik sepenuhnya. Tempoh pertumbuhan gigi kekal hingga usia 23 tahun sahaja…Lepas tu tak boleh tumbuh lagi…sila cabut ye…Insyaallah memang sakit lepas habis bius… :P

(more…)

Ops Piramid: 778 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air

Posted by qasidah | Dear Diary | Monday 7 February 2011 12:31 pm

Petikan akhbar Utusan – 07/02/2011 11:23am

SEPANG 7 Feb. – Kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air hari ini.

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.

Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air. – Bernama

p.s: InsyaAllah, kami sekeluarga juga sedang menunggu ketibaan anak saudara -Adibah Jamal dalam minggu ini. Peliharalah keselamatannya dan seluruh rakyat Malaysia di sana.

Happy Chinese New Year!

Posted by qasidah | Dear Diary | Monday 7 February 2011 12:10 pm

Assalamualaikum wbt..

Dah beberapa hari tak update blog ni. Kesibukan bercuti panjang kat kampung hingga tak sempat nak membuat karangan. Kami balik ke Batu Pahat, Johor utk cuti panjang kali ini. Balik macam kaum Cina juga, berhari raya..almaklumlah satu Malaysia. Semua cuti disambut..Balik Jumaat malam, packing2 barang…bertolak lepas Isya’ dan sampai dah pukul 10.30mlm…keluar tol Yong Peng(U)…tak berapa nampak pulak rumah2 yang dinaiki air sebab malam dan gelap…alhamdulillah kampung kami tak banjir. Kesian kat kawasan2 Sri Medan yang akan wajib dilanda banjir setiap tahun..melalui kawasan Pt Yaani, adalah nampak beberapa rumah yang digenangi air paras lantai rumah. Misi menyelamat cuma dilakukan pada kawasan yang melebihi paras berbahaya sampai jalanraya pun tak nampak..Entahla, tak pulak sempat meninjau kawasan2 lain yang dilanda banjir.

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
« Previous PageNext Page »