Wajarkah tarian poco-poco diharamkan?

Posted by qasidah | Information | Thursday 31 March 2011 2:40 pm

Assalamulaikum readers,

Beberapa hari yang lepas sibuk diperkatakan tentang tarian/senaman poco-poco yang digunakan dalam senam seni Malaysia dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1432H kali 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan  di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan..

Mengenai tarian poco-poco:

 “Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya yang membentuk salib.Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu, cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.”

 Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Beliau berkata selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Qasidah : Macamana pula dengan tai-chi, taekwando etc…? Takkan nak diharamkan juga? Itu bukan budaya Islam..”Tepuk dada tanya selera…”

42 billion harta pusaka dibeku

Posted by qasidah | Information | Thursday 31 March 2011 1:31 pm

Assalamualaikum readers,

RM42billion harta dibeku!..Nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion..Banyak tuu…

Berdasarkan petikan berita Utusan hari ini, Amanah Raya Berhad(ARB) mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian. Bagi membudayakan penulisan wasiat di kalangan masyarakat, ARB dengan kerjasama syarikat pengurusan harta pusaka Islam, Warisan Mukmin Sdn. Bhd. melancarkan kempen Tahun Menulis Wasiat 2011.

Saya juga pernah mendengar cerita seorang teman yang kehilangan bapa tiri (ibunya berkahwin dengan bapa baru). Bapa tirinya mempunyai banyak syer dan harta yang tidak diketahui olehnya dan ibunya. Malangnya ketika bapa tirinya meninggal dunia kesemua harta2 direbut oleh adik beradik bapanya. Oleh kerana tidak menulis sebarang wasiat untuk waris yang ditinggalkan (kerana menjangkakan umur masih panjang). Isterinya juga tidak mahu merebut harta2 tersebut kerana terpaksa turun naik mahkamah..mereka beralah dan hanya mengambil wang tunai dalam akaun suaminya..(Kalau nak tau..boleh kata semua bank-bank kat Malaysia ni dia ada sejumlah wang yang banyak di dalamnya). Cukuplah untuk kehidupan mereka dua beranak dan si ibu juga mempunyai pencen. (more…)

KardioMate sebagai pengganti garam

Posted by qasidah | Information | Wednesday 30 March 2011 11:31 am

Assalamualaikum readers,

Tahniah kepada penyelidik UPM untuk satu lagi sumbangan…semoga harga garam yang dipasarkan nanti tidaklah terlalu mahal. Kalau garam sekarang sepeket 60sen kelak garam KardioMate ni berapa harganya?

Menerusi penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.

Dinamakan KardioMate, produk yang dihasilkan daripada tumbuhan laut dan darat itu mempunyai ciri-ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium dan kalsium.

Salah seorang penyelidik, Prof Dr. Suhaila Mohamed berkata, KardioMate sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, terutama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser dan kolestrol tinggi.

“Produk ini membantu mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu pengurusan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah serta melawan kerosakan mengunkai (degenerative) yang terbukti kesannya melalui kajian terhadap haiwan.

“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – Bernama

Maybank2u VS CIMBClicks online banking

Posted by qasidah | Information | Wednesday 30 March 2011 10:51 am

Assalamualaikum readers,

Akhir bulan…$$$…rutin biasa sebagai akauntan rumah yang tidak bertauliah..
Membayar hutang piutang yang berkaitan – bil berukband, insurans, MBJB, api & air, hire purchase, loan… :)
Eiii…manyaknyee fuluss keluarr…(itulah…akaun kaya sekejap jer…lenyap dek hutang2..)

Lately bertukar ke CIMB dari menggunakan online banking Maybank…
Sebab company baru Abi menggunakan CIMB…alahai lembab giler transaksi CIMB (dek kerana kami telah biasa menggunakan perkhidmatan Maybank2u yang lebih efisyen)…sehingga menyebabkan kami membuat cash deposit ke Maybank semula…ahakss…dapat bayangkan tak beza online banking CIMB dan Maybank. CIMB mengambil masa lebih dari 2 hari untuk transfer dari CIMB ke CIMB akaun…
Maybank pula ambil masa beberapa minit sahaja dari Maybank ke Maybank akaun…
Excellent to Maybank…sistem pun user friendly berbanding CIMB…system developer dia kena blajar dari sistem Maybank…keluarkan aktiviti2 mengarut yang melembabkan proses tak kiralah masa-masa peak atau pertengahan bulan pun..huhu! Saya rasa CIMB perlu kurangkan grafik yang membuat interfacenya terlalu lambat untuk loading..kekalkan apa yang perlu sahaja.

:: Macamana ya nak bagi statement ini dibaca oleh CIMB in-charge person? :) ::

Kaedah percussion untuk mengeluarkan kahak

Posted by qasidah | Information | Monday 28 March 2011 12:41 pm

Assalamualaikum readers,

Adam masih batuk walaupun selesema sudah berkurangan (sapu kunyit hidup pada batang hidung..hingga hidung Adam jadi kuning daaa) …batuknya macam seksa jer..
Saya dah cuba beberapa petua yang disarankan di internet tapi masih tak berjaya..
Ubat batuk yang dimakan setiap hari pun tak membantu..buat mengantuk adalah..

Semalam tergoogle artikel di Utusan mengenai kaedah percussion oleh Siti Farah (pakar fisioterapi) untuk mengeluarkan kahak kerana bayi tidak pandai menghembus hingus dan membuang kahak :

“Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

“Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

“Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,” jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Ohhoo…mahu cuba kaedah percussion pula selepas ini…boleh berjaya ke step ni, kalau tak mau keluar kahak juga macamana? :( Kesian anakku..

TV Channel ~GTP 2010 dan Atilia..

Posted by qasidah | Tazkirah | Monday 28 March 2011 12:02 pm

Assalamualaikum readers,

Malam tadi seperti biasa menonton TV. Macam-macam channel ditukar bersilih ganti.
Itulah gunanya remote..memudahkan kerja manusia…tak payah dok tekan-tekan bebutang kat panel TV kan..
Terkunci sekejap kat channel 5 Singapore…ditayangkan cerita ‘Jumper’…
Cerita ni memori sket..sebab ni la salah satu movie yang kami pernah tonton kat wayang masa zaman jahiliyah dulu…ada banyak juga movie seperti Transformer, XXX..emm…tah ape-ape..lupa dah..
Kalau tengok cerita yang dah tengok kadang-kadang rasa boleh tau sebanyak mana memori kita boleh refresh, so kami pun menonton sehingga tamat…syookk! Kalaulah boleh jadi Jumper!

Berpindah pulak ke NTV7..cerita pasal jerung insang 6..ada macam-macam jenis jerung kat dunia ni rupanya..baru tau…TV1 pula tayang program GTP 2010 (Government Transformation Programme) secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil. Ucaptama oleh Perdana Menteri meliputi enam inisiatif NKRA menerusi GTP iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, memperbaiki infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar.

Biasalah, kalau program-program kerajaan kurang mendapat sambutan sekiranya tidak diselitkan hiburan. Masyarakat Malaysia kan telah lama dibiarkan hanyut dengan hiburan sejak dahulu lagi…hm…ada sesuatu yang tak berkenan di hati. Dalam acara-acara rasmi macamni, ada pula penyanyi Atilia membuat persembahan nyanyian..dia memang berbakat. Cuma cara berpakaiannya macam tak sempurna.

Eiii…malunya PM dan menteri-menteri tengok. Tak tahu acara rasmi ke? Patut kena halang sebelum naik pentas. Pakai baju sampai paras atas dari lutut pun boleh buat persembahan acara rasmi kerajaan?? Uhhuhu…terus tukar channel. Malu nak tengok..macam tak ada otak, tak tau ke etika berpakaian (kan Melayu, Islam pula tu)…pakailah seluar labuh ke….:( Cantik sangatlah betisnya…huhu…beginikah ikon-ikon yang dipuja untuk GTP…

:: Bukan mengkritik, Sekadar peringatan dan renungan buat bersama. Di mana jatidiri kita? ::

Pertandingan Akhir Realiti Akademi Al-Quran 5

Posted by qasidah | Information | Monday 28 March 2011 11:03 am

Assalamualaikum readers,

Pada hari Sabtu iaitu 26 March, kami berjaya meng’Earth Hour’kan diri…
Tutup lampu lebih kurang 2 jam…sehingga Abi meng’Earth Hour’kan matanya juga :)
Adam juga tidak kekok berada dalam gelap (adakah boleh bawa Adam tengok wayang lepas ni Abi..?)

Cuma tutup lampu yer..TV, peti sejuk dan kipas masih berfungsi seperti biasa..
Dunia tidak ceria tanpa televisyen…haha..Sempat juga menonton Pertandingan Akhir program Realiti Akademi Al-Quran 5 yang bersiaran di TV9 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC).

Mohd Shahrianshah Apin, 25, muncul juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim kelima dan membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, Al-Quran bertinta emas berharga RM35,000 sumbangan Yayasan Restu, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej haji oleh Gemilang Travel Sdn Bhd, pakej umrah oleh Al-Fajr Travel & Tours Sdn Bhd dan lawatan VIP ke Syria oleh Hiraq Marketing. Beliau juga turut menerima Songket oleh Wan Manang, barangan perabut jati bernilai RM20,000 dari Jatimas dan trofi tajaan TH Global. (Banyak kan hadiahnya…)

Sementara itu, tiga peserta lain, Mohamad Husaini Makmur, 19, Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21, dan Suhailah Zulkifly, 22, masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM2,000, pengajian ke University Al-Madinah dan pakej haji sumbangan Gemilang Travel Sdn Bhd.

Ketiga-tiga peserta tersebut turut menerima hadiah pakej umrah sumbangan Al-Fajr Travel & Tours Sdn Bhd, songket daripada Wan Manang dan trofi tajaan TH Global. (Sumber : MStar)

Tahniah kepada semua para peserta akhir AQ5 yang cukup berbakat. Semoga percambahan ilmu akan menggalakan lebih ramai warga celik Al-Quran, pakar tajwid dan tarranum serta ilmuan Islam..

Earth Hour 2011

Posted by qasidah | Information | Saturday 26 March 2011 1:46 pm

Assalamualaikum readers,

Hari ini 26 Mac 2011 adalah Hari Earth Hour 2011.
Kempen Earth Hour ini dilakukan setiap tahun sejak 2007. Malaysia salah satu negara yang menyokong aktiviti ini. Pada tahun ini slogan Earth Hour adalah “Go Beyond the Hour”.
Setiap tahun, pada 8.30 malam (waktu tempatan) kita disarankan menutup lampu dan peralatan elektrik lain (peti sejuk tak payah laa…) dalam masa 1 jam sebagai langkah menyokong dan meningkatkan keprihatinan masyarakat kepada perubahan iklim dunia.

Kempen ini sebenarnya hanyalah satu langkah kecil untuk memulihara keadaan dunia kerana dalam keadaan sebenar dunia telah lama sakit dek kerana pencemaran, peperangan dan kerosakan disebabkan tangan-tangan manusia sendiri. Kempen ini seharusnya bukan sahaja meningkatkan kesedaran masyakat tentang betapa tuanya dunia ini, malahan melindungi dan bekerjasama untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk planet kita.

Rasionalnya, kesedaran masyarakat seharusnya berterusan bukan terhenti selepas tamatnya kempen Earth Hour saban tahun..jimatkan penggunaan elektrik anda secara minimum, jimatkan penggunaan air dan cabut semua peralatan elektrik yang tidak digunakan bagi  memelihara usia bumi kita.

Foods and fruits as medicine

Posted by qasidah | Information,Love your life | Friday 25 March 2011 11:43 am

Assalamualaikum readers,

Sedikit info mengenai makanan dan buah-buahan untuk kesihatan anda…

HEADACHE? EAT FISH!
Eat plenty of fish — fish oil helps prevent headaches.
So does ginger, which reduces inflammation and pain.

HAVE FEVER? EAT YOGURT!
Eat lots of yogurt before pollen season.
Also-eat honey from your area (local region) daily.
 
TO PREVENT STROKE DRINK TEA!
Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading….Green tea is great for our immune system)!
 
INSOMNIA (CAN’T SLEEP?) HONEY!
Use honey as a tranquilizer and sedative.

ASTHMA? EAT ONIONS!!!!
Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).

ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!!
Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune system) (more…)

Jawatan kosong: Karier di Irfan Khairi Sdn Bhd

Posted by qasidah | Information,Inspiration | Thursday 24 March 2011 9:48 am

Assalamualaikum readers,

Hari ini saya nak kongsikan newsletter dari Irfan Khairi(IK). Memang saya subscribe newsletter dia kerana dia boleh dikatakan sebagai ikon online bisnes yang berjaya. Sebenarnya, saya tertarik dengan cara dia approch untuk memberikan jawatan tersebut. Kalau ada di area PJ for sure saya dah apply!

Salam hormat Shidah,

Syarikat saya, Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) akan membuka cawangan di Mutiara Damansara. Kami mencari: Sales executive, Multimedia Designer dan Office Assistant. Sijil tidak diperlukan ;) Kerana saya percaya, kejayaan tidak semestinya datang dengan sijil ;) Bagi mereka yang boleh memenuhi ruang ini, maklumat lanjut di bawah (more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Next Page »