Resepi Donat enak lagi gebu

  • Sharebar

Assalamualaikum readers,

Sumber : www.myresepi.com

Hari ini saya berjaya membuat donat yang lembut, gebu dan enak dimakan…
tak sia-sia mengutip resepi dari myresepi…bahan2nya pun mudah..
kadangkala resepi yang ada perlu dicuba dulu..mana tau tak jadi..sebab sudah beberapa kali saya mencuba resepi di internet..ada yang terlalu padat dan keras..yang ini lembut seperti Dunkin Donut… :)

Ini resepinya  (30-35 biji) :

1kilo tepung gandum
1 paket yis Mauripan
1 1/2 mug air suam
1 sudu kecil gula
5 sudu besar planta/majerin
1 sudu besar kentang lecek
2 sudu besar susu tepung
gula halus / icing

Cara-cara:

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung, susu tepung dan planta hingga berderai (ala-ala breadcrumb)
  4. Masukkan bancuhan yis
  5. Uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekit pada tangan. Teruskan menguli sehingga tidak melekit lagi.
  6. Biar doh naik sebentar baru canai untuk diterap pada acuan donat
  7. Biar donat naik lagi baru digoreng
  8. Bila warna dah kekuningan, angkat dan toskan minyak
  9. Gaul dengan gula atau tuang coklat..

Oleh kerana saya tiada susu tepung, saya gantikan dengan susu pekat pun ok juga…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Be Sociable, Share!

8 Comment(s)

  1. wah madam….

    anak hang nampak teruja ja makan donut gebu tu…bak mai resepi nak try esok lusa..
    sakan sakan…

    madam hannan | Mar 16, 2011 | Reply

  2. adam ni suka donat..
    try la resepi kat atas tu…gerenti jadi..
    tapi banyak giler…gemuk2..
    ada lagi dlm freeze 15 biji..ahaha, xlarat nk mkn…kalau nak wat sikit kurangkan sukatan jd 1/2 kg..

    qasidah | Mar 17, 2011 | Reply

  3. dpt byk..
    ni yg best nak buat..
    cukup untuk keluarga yang besar..

    scha ara | Mar 19, 2011 | Reply

  4. boleh dimakan bersama aneka pencuci mulut diblog saya,bagus juga kan dimakan waktu petang

    RESEPIBEST | Oct 31, 2011 | Reply

  5. 1 1/2 mug air tu sama dengan satu cawan setengah ker kak qasidah. nak try buat sebab anak suka makan donut :)

    satu lagi susu tepung tu kalau guna susu nespray 3+ untuk budak boleh jugak ker, atau ada susu tepung yang lain

    tepets | Jan 29, 2012 | Reply

  6. tepets,

    kalau boleh gunakan mugs la..lebih kurang 2 cawan air kot. Susu tepung tu boleh je guna nespray…

    qasidah | Feb 6, 2012 | Reply

  7. kentang lecek tu perlu ke?knp xde dlm cara2?

    fadz | Mar 27, 2012 | Reply

  8. ada…sila letak utk variety

    qasidah | Apr 17, 2012 | Reply

Post a Comment

    Advertisement

    Advertisement

    Advertisement


QaSidah's Journal of Life


..Qasidah's Coffee Talk...

..TQ Visitors!...


30 30 New York
Powered by Best Free Counters

My site is worthRM 1,132.2