Festival Inovasi dan Kreativiti UTM 2011

Posted by qasidah | Information | Thursday 24 March 2011 9:18 am

Assalamualaikum readers,

Sumber : http://www.events.utm.my/innovation-festival/

Festival Inovasi Dan Kreativiti UTM 2011 merupakan aktiviti pertama yang diperkenalkan di peringkat kebangsaan dengan tujuan menarik perhatian masyarakat luar tentang aktiviti dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan selama ini. Lokasinya akan diadakan di Padang Kawad UTM Johor dan fakulti-fakulti.

Pada tahun-tahun sebelum ini, UTM telah biasa menganjurkan beberapa program inovasi seperti INATEX, ROBOCON, Deepwater Floating Structure Model Competition, Eco-Challenge Competition, serta beberapa lagi program inovasi lain hasil rekacipta dan pembangunan penyelidikan para penyelidiknya. Kini, UTM ingin mengambil langkah proaktif dan berinovasi dalam menggabungkan pelaksanaan kesemua program-program inovasi tahunannya ke dalam sebuah program mega yang dinamakan Festival Inovasi Dan Kreativiti UTM.

Usaha ini bukan sahaja dapat memberi lebih banyak peluang kepada warga UTM dalam menghasilkan produk-produk berinovasi dan berkreativiti tinggi, malahan ia juga boleh menjadi platform kepada para pengunjung mengasah daya imaginasi masing-masing dalam menghasilkan produk-produk inovasi yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan seharian mereka.

Tokoh-tokoh inovasi pada tahun 2011 bakal dinobatkan kepada:

1. Dato’ Ir. Hj. Yahaya Ahmad (Alumni UTM)

2. Tan Sri Dr Augustine Ong Soon Hock

3. Zulkifli Haron (Zul Design)
 

Sekolah terbaik SPM 2010

Posted by qasidah | Information | Thursday 24 March 2011 8:53 am

Assalamualaikum readers,

Keputusan SPM 2010 telah diumumkan semalam.
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Ia merupakan kejayaan bagi tahun kedua berturut-turut.

Di Johor pula, 5 Sekolah terbaik keseluruhan adalah:

  1. Sekolah Tun Fatimah (SBP)
  2. SM Sains Sultan Iskandar (SBP)
  3. SM Sains Muar (SBP)
  4. Sekolah Menengah Convent Johor Bahru
  5. Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang
  6. (more…)

Cara melahirkan anak tanpa rasa sakit

Posted by qasidah | Information | Wednesday 23 March 2011 12:48 pm

Assalamualaikum readers,

Sumber : http://petuasejagat.blogspot.com

Hari ini saya membuat blogwalking pasal nak cari petua hilangkan selesema dan batuk pada Adam.
Minggu ni minggu marathon sakit…Adam demam panas lepas tu batuk dan selesema pula..

Saya tertarik dengan satu petua ni untuk dikongsi bersama ibu-ibu:

CARA MELAHIRKAN ANAK TANPA RASA SAKIT

  1. Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu. Kemudiannya…
  2. Apabila kandungan anda mencecah 9 bulan, tukar kekerapan pengambilan minyak kelapa tadi. Dos nya tetap sama iaitu 1 sudu dan minumlah setiap hari sehingga tiba hari kelahiran anak anda.
  3. Lagi satu, sebaik-baiknya anda buatlah minyak kelapa tu sendiri. Ia bertujuan memastikan anda benar-benar meminum minyak kelapa yang bersih dan selamat.

Di samping itu, janganlah anda lupa untuk selalu berdoa kepada-Nya agar segala urusan melahirkan anak berjalan lancar serta dijauhi daripada segala perkara yang tak diingini. Amin.

InsyaAllah akan dimanfaatkan nanti kerana sebelum ini saya melahirkan secara Ceasarian…cuma baca Surah Yusuf dan Maryam berulang-ulang kali..

Pesanan buat ibu bapa sekalian..

Posted by qasidah | Parenting Guide,Tazkirah | Wednesday 23 March 2011 11:38 am

Assalamualaikum readers,

Malam tadi saya dihidangkan dengan sedikit tazkirah oleh Abi.
Biasalah, masa nak tidur kami kadangkala berbicara perkara-perkara yang serius sikit…
Sekarang tidak sekerap dulu, Abi pulang agak lewat dari jadual biasa kerana menyiapkan jadual training..

Abi berpesan pada saya, “Jangan selalu pukul anak, nanti terbiasa…”
“Eh…mana ada Ummi pukul Adam..pukul manja jer…kalau tak dengar cakap Ummi warning dia…”
“Taklah…Abi ingatkan aje..sebab Abi teringat satu cerita….”, kata Abi.. (entah kat mana Abi baca kisah ni…)

Alkisah…Si Bapa baru sahaja membeli kereta baru…memang masih kilat. Kereta tersebut tidak dibawa ke tempat kerja…si bapa menggunakan kereta lama untuk pergi dan balik setiap hari..Huhu..kereta baru duduk kat garaj jer?? Satu hari bila si bapa pulang ke rumah dilihatnya keretanya calar-calar dek kerana diconteng oleh anak menggunakan batu..si bapa apalagi mengamuk tahap GABAN…diketuk-ketuk tangan si anak sehingga biru-biru kerana dikatakan tangan itulah yang mencalarkan keretanya.. (more…)

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2010

Posted by qasidah | Information | Wednesday 23 March 2011 8:51 am

Assalamualaikum readers,

Keputusan SPM bagi calon 2010 akan dikeluarkan pada hari ini.
Insyaallah bagi adik-adik yang bakal mengambil keputusan peperiksaan pada hari ini, inilah hasil usaha adik-adik. Sesungguhnya banyak peluang yang terbentang luas pada masa kini.
Jika lulus dengan cemerlang insyaallah harapan ke menara gading akan tercapai.
Untuk yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang, jangan susah hati..banyak peluang lain seperti menyertai program kemahiran seperti GiatMARA dan Institut Kemahiran Malaysia(IKM). Program-program pada hari ini telah melalui penambahbaikkan untuk semua lapisan masyarakat yang ingin mendalami bidang kemahiran secara teknikal.

Peluang kerjaya kini juga semakin terbuka, dahulu tiada pun Expo Kerjaya untuk menerangkan prospek kursus-kursus yang ditawarkan dan peluang kerja yang menanti. Kami tidak tahu hala tuju seterusnya selepas SPM…kursus-kursus yang dipohon pun main belasah je..ikut kata hati.. :P

Sekarang teknologi juga sudah maju kerana calon juga boleh semak keputusan SPM 2010 melalui SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS. Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 malam, 30 Mac 2011.

  • Taip SPM SEMAK [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh : SPM SEMAK 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

Rasanya khidmat SMS tentulah tidak sama debarannya dengan beratur beramai-ramai untuk mengambil keputusan. Apapun saya mengharapkan yang terbaik untuk seluruh anak Malaysia. Kejayaan hari ini bukanlah pengukur masa hadapan tetapi penentu hala tuju dan kejayaan mendatang. Untuk berjaya tidak semestinya masuk Universiti, untuk berjaya perlu ada iltizam dan cita-cita yang hebat..Insyaallah segala-galanya akan tercapai dgn izin-Nya!

Program realiti Adik-adikku musim ke-2

Posted by qasidah | Information | Tuesday 22 March 2011 12:46 pm

Assalamualaikum readers,

Malam tadi berkesempatan juga menonton TV siaran langsung Pertandingan Akhir Program Realiti Adik-adikku musim ke-2 yang di anjuran Jakim di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Program realiti TV yang dimulakan sejak tahun lalu itu bertujuan memaparkan karisma kanak-kanak, mencungkil bakat yang boleh dibina dalam diri kanak-kanak serta dapat mendorong membentuk jati diri dan istiqamah dalam kepimpinan kanak-kanak. (Saya pada usia begini masih terketar-ketar kalau disuruh berpidato di khalayak ramai..sehingga sekarang rasanya nak terkucil :P)

Bagi musim ini, Muhammad Amirul Munir Azlin, 10, diumum sebagai juara dan membawa pulang piala, wang tunai RM10,000 serta pakej umrah. Tempat kedua pula dimenangi Syafiqah Fasiha Ahmad Safri dan tempat ketiga dimenangi Zaid Najmuddin Zul Akmal.

Saya telah mengikuti program ini dari awal kerana Adam suka menonton rancangan kanak-kanak. Saya menjangkakan adik Syafiqah Fasihah akan menjadi juara kerana kepetahan berkata-kata dan persembahan konsistennya sejak dari awal program lagi. Program-program seperti ini perlu diperluaskan lagi untuk menambat hati anak-anak mencintai Islam sejak kecil dan kurangkan rancangan hiburan seperti Bintang Kecil, Idola Kecil etc…yang hanya mengejar duniawi bergelar penyanyi…betapa kita mempunyai lambakan penyanyi di Malaysia ini!

Sekalung tahniah untuk pendukung Program Adik-adikku, semoga lebih sukses pada musim akan datang.
Insyaallah…kita akan berjaya menghasilkan pemimpin cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ke UTM dan NIOSH

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 22 March 2011 12:04 pm

Assalamualaikum readers,

Semalam pegi UTM Skudai..tolong ambil jubah konvo Master utk Along@Shahida..
Konvo UTM akan berlangsung 26-27 March disamping Hari Inovasi UTM..
This week dia akan konvo Master in Computer Science(Information Security).
Tahniah..bilalah saya boleh sambung master pula ye? …Insyaallah…
Alhamdulillah syukur..sangat berbangga dengan kawan sorang ni..kuat semangat walaupun lately macam-macam dugaan berlaku pada dirinya dan keluarga. Along kawan serumah masa di UTM dulu..
Tetiba teringat kat v184 @ Penyiaran tu…happening giler..
Banyak benda berlaku kat situ..good and bad, happy and tears..

Dah lama tak datang UTM…dah banyak construction…bina bangunan fakulti baru…
Parking pulak penuh…adeihh…selepas 2x survey parking area Pos UTM takde..terpaksa la parking kat dengan tasik UTM dan memanjat naik ke stor jubah (area Dewan Sultan Iskandar) dek menghadap kepanasan mentari dan mendukung Adam yang masih suam-suam kuku demamnya…
Urusan semua setel cepat jer…siap test baju jubah lagi…mengikut ukuran dan firasat saya mengambil saiz S untuk Along…M lebih labuh….jubah dan mortarbod tu baru buat…kira Along orang pertama la rasmikan sebab jahitan dia keras lagi… :) Lapel dah lama laa kot…dah lembik sket…Inilah jubah masternya..
Ada 1 line songket pada jubah dan motratbod. Warna pink untuk Science Computer..

Lepas dari UTM singgah sekejap kat kandang kuda..Tunjuk kat Adam macamana rupa kuda..
Tapi dia buat muka takut…tak mesra binatang lagi…Masa kat UTM dulu tak pernah pun terlintas nak join sukan kuda ni…almaklumlah duit pun cukup-cukup makan jer..betul ke kuda ni sukan orang kaya?
Masa g cuti-cuti Malaysia kat Terengganu dulu bersepah-sepah kuda padi dan ramai anak-anak pandai berkuda..sebab Yang DiPertuan Agong suka sukan berkuda ni…Dah semakin banyak kuda kat UTM ni..

Last station, kami ke NIOSH @ Taman Teknologi Johor untuk ambil skrol Abi…
Dah lama Abi konvo..skrol baru siap… :)

Tamatlah misi..dan Adam pulang dengan kepenatan yang max.. :P

Insiden bayi mati tercekik susu

Posted by qasidah | Information | Monday 21 March 2011 6:41 pm

Assalamualaikum readers,

Semalam sempat baca suratkhabar..ada berita bayi mati tercekik susu lagi di Seksyen 10, Shah Alam…
Rasanya dah lebih 3 kes setakat ni..semuanya berlaku di taman asuhan kanak-kanak..
Kesian sungguh sebab bayi tu baru berumur 2 bulan dan baru 2 hari dihantar ke Taska terbabit..
Bukan senang nak buka taska..kena jaga reputasi, kalau dah jadi kes macamni boleh tutup kedai nanti..
Ada sesetengah taska mengaut keuntungan denga cara yang mudah dan anak-anak tidak dijaga dengan sepatutnya…ada taska yang hanya menghidangkan telur goreng setiap hari pada kanak-kanak dek kerana berjimat wang pengurusan…ada juga seorang pengasuh yang menjaga lebih dari 10 orang bayi sekaligus..

Kerajaan perlu memantau kewujudan taska setiap masa bagi mengelakkan sikap sambil lewa pengusaha taska menjaga kebajikan anak-anak dan pengasuh dengan membuat pemeriksaan mengejut ke premis-premis tersebut atau kaedah penyamaran bagi memastikan pengurusan taska berjalan bengan baik.

Berbalik kepada cerita bayi mati tercekik tu..saya mencadangkan bakal ibu bapa mengkaji puting susu yang mereka gunakan. Kadangkala kita mau yang murah dan senang didapati..
Kebanyakan botol susu polikarbonat dipasaran dijual satu set bersama puting susu tetapi puting susu itu sebenarnya tidak boleh digunakan bagi bayi kerana mereka belum boleh mengawal kadar hisapan susu.

Kebanyakan kanak-kanak juga gemar tidur bersama botol susu dimulut..
Ada sesetengah bayi yang masih terus menghisap susu tanpa sedar…Itu yang menyebabkan bayi tersedak kerana setelah mereka tertidur..susu tetap mengalir tanpa kawalan.
Saya mencadangkan ibu bapa membeli puting susu anti kolik (baca label pada kotak).
Jenama-jenama yang saya syorkan adalah seperti NUK, MAM dan AVENT..

Anti kolik (anti colic) mempunyai satu sistem untuk mengeluarkan gelembung-gelembung udara ketika bayi minum susu. Saya sukakan NUK kerana putingnya direka dengan bentuk ortodontik bagi mengelakkan bayi jongang juga.. :) Tapi saya ada ketiga-tiga jenis tu..tapi Adam hanya mahukan NUK.
Harganya memang sedikit mahal, dijual dalam set yang mengandungi 2 puting…pada harga rm18-rm24..
Apa salahnya memberi sedikit mahal daripada kehilangan nyawa anak tersayang?
Tempoh 9 bulan mengandungkan dan bertarung nyawa melahirkan anak bukan sesuatu yang mudah dan kemudiannya terpaksa redha anak hilang dalam sekelip mata..
Renung-renungkan…

Alhamdulillah..

Posted by qasidah | Dear Diary | Monday 21 March 2011 5:59 pm

Assalamualaikum readers,

Dua hari saya offline…sangat kerisauan menjaga anak yang sakit..
Macam-macam yang saya fikir ketika dia sakit..ada ketikanya saya rasa macam tak mahu pejamkan mata sebab takut melihat dia tidak bernafas lagi nanti..badannya terkulai layu..demamnya terlalu panas pada waktu malam memaksa kami silih ganti menukarkan tuala basah dikepalanya setiap setengah jam bagi mengurangkan kepanasan..Teringat pesan mak..kalau anak demam panas kena cepat-cepat ke klinik..bahaya jika dibiar melarat..Kebanyakan kes bayi terencat ketika masa pertumbuhan adalah disebabkan demam panas yang melampau.

Alhamdulillah…demam dah makin kebah..cuma Adam kini diserang batuk dan susah nak tidur kalau dah batuk. Asyik merengek sebab tekak tak sedap..macamana baby nak cepat baik dari batuk eh..
Ubat batuk cuma membantu Adam untuk tertidur sahaja..takut addicted!
Setakat ni kasi ubat demam pun susah…bergolek-golek bila nak dikasi ubat.. :(
Masa dia kecik penah juga 2x buat nebulizer untuk buang kahak dia..kesian tengok baby kena sedut kahak dicucuk kat hidung..susah juga sebab baby tak pandai batuk dan ludahkan kahak..
Harapkan dia muntah dengan kerap supaya mudah kahak keluar…
Ummi cuma dapat bantu sapukan Vicks di dada dan belakang badan je..

Syukur Alhamdulillah, semoga Allah memelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga..

Entri orang sakit

Posted by qasidah | Dear Diary | Saturday 19 March 2011 10:51 am

Assalamualaikum readers,

Petang semalam Adam dilanda demam panas…suhu mencecah 39 darjah…
Hatiku jadi risau…tak pernah demam seteruk ini..pagi semalam ok je makan bubur ayam yang Ummi buat..
Lepas mandikan suhu badannya masih tak turun…dah macam ayam berak kapur..
Pukul 9 malam kami ke Klinik panel Abi…Falck Bestari kat Permas Jaya..
Abi kata ubatnya bagus sebab nak jaga company punya reputasi antarabangsa…company Denmark..

Doktor kata demam Adam tinggi…tekaknya ada infection…sebab tu area tekak sangat panas..
Padanlah dia batuk-batuk macam berkahak jer..
Dapat antibiotik, ubat demam dan peluru untuk disumbat ke bontot (In case of emergency kalau terlampau panas)…balik klinik singgah kejap kat Jusco Permas…boleh lagi budak kecik ni melangkah walaupon demam…
Dapat hadiah sebijik kereta Ambulance yang berbunyi bingit..neenoo..neenooo…huhu…
Bagus juga demam-demam boleh dapat hadiah…

Melangkah pulang jam 10 malam…Adam sudah penat…
Paksa juga makan ubat dan paksa tido…hehe…
But demamnya belum kebah lagi…sudah disumbat peluru pun belum baik…ditambah lagi dengan setem CoolFever…hoho…mau buat apa lagi?
Bahkan Ummi kurang tidur kerana asyik terjaga mendengar rengekan Adam…sehingga Ummi pun jadi demam selsema juga hari ini…Harap anak Ummi segera sembuh…Ummi mahu anak Ummi yang ceria…
Sedih juga melihatnya mengigil-gigil ketika mandi…kesejukan yang amat sangat…tapi Ummi terpaksa, dengan harapan kepanasan berkurangan dengan menyiram dengan air sejuk pagi…
Mood kami kurang baik…si anak demam dan si ibu selsema yang amat sangat…..
Entri ini tamat setakat ini…Wassalam… :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
« Previous PageNext Page »