JB-Selayang-JB

Posted by qasidah | Dear Diary | Friday 29 April 2011 12:39 pm

Assalamualaikum readers,

too tired Pictures, Images and Photos

 Mood hari ini : KELETIHAN

Semalam saya ke Hospital Selayang untuk melawat abang saya yang sakit. Sungguh rushing ke sana. Singgah sekejap di Paroi untuk mengambil mak yang ada di rumah kakak. Adam ditumpangkan kat sana, malas bawa budak ke hospital, nanti lagi banyak penyakit yang datang… Alhamdulillah, abang sudah semakin sihat. Gout yang membengkak pada kaki dah semakin surut. Hanya dapat membantu setakat yang mampu. Urut2 sikit…

Hari ini dia telah pulang ke rumah, berehat dirumah sahaja. Kesian pada anak-anak dan isteri yang berulang alik dari Kuala Selangor ke Hospital Selayang. Cantik hospital ni..masih baru dan terjaga…

Kami balik semula ke JB dan sampai dalam 11 malam. Sepanjang perjalanan pulang, hujan turun dengan lebat..Adam pun tidur dengan lenanya..Terima kasih kepada driver yang sanggup memandu pergi dan balik seharian…Huhu..duduk dalam kereta pun penat juga tau..

Petang ini pula akan ke klinik gigi, ada temujanji untuk rawatan gigi – Tampalan…aduhh ngerii!

Resepi Kuih Lapis Merah-Putih

Posted by qasidah | Recipe | Tuesday 26 April 2011 3:50 pm

Assalamualaikum readers,

Dah lama nak makan kuih lapis buatan sendiri. Selalu dok syok makan kat majlis-majlis…dulu masa kecik-kecik, makan kuih lapis ni dikumpil selapis-selapis..macam jakun kan? Last time saya follow satu resepi, entahla..sukatannya terlebih kot…langsung tak boleh potong…manis pula tu. Kemudian sekali, campak dalam plastik. Huhu. Kesian rezeki..nak buat macamana..salah tukang masak ni kot.. :)

Semalam saya cuba satu resepi yang saya Google. Kita guna kaedah cuba-jaya..
Resepinya saya lupa ambil dari link mana…Halalkan yer.
Hasilnya…taraa…cukup dinikmati oleh kami sekeluarga…kebetulan pula semalam ulangtahun kelahiran adik ipar kembar dan abang ipar saya…cukuplah 1 loyang saya bawa ke sana…

Untuk kami, saya buat kelainan sikit. Guna acuan lompang…saja je..menambah kerajinan diri..

Resepinya :

KUIH LAPIS (loyang kecil)

  • 11/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 11/2 cawan gula – saya kurangkan
  • 1000 ml santan sederhana pekat

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender,blender semua hingga hancur dan sebati
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian ,1 bahagian putih(warna asal) dan 1 bahagian merah.
  3. Boleh la melapis dengan masukkan 1 cawan setiap bahagian buat selang seli…warnanya
  4. Setiap lapis 10 minit dan lapis terakhir 30 minit
  5. Sejukkan baru potong…

SELAMAT MENCUBA..

Suntikan 18 bulan

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 26 April 2011 3:27 pm

Assalamualaikum readers,

Baru pulang dari klinik..membawa si kecil untuk suntikan terakhir 18 bulan…
Kepenatan juga…berat badannya sudah bertambah kepada 13.2 kg…Alhamdulillah..
Anak Ummi keluar memang sudah besar dan sihat! So graf denver akan sentiasa menaiklah hendaknya..
Meraung juga kena suntikan…al-maklum, dah semakin aktif susah juga nak suntik, takut-takut jarum yang bengkok dek kerana Adam mengeraskan badannya…

Suntikan ini juga akan menyebabkan Adam demam, memang kena cepat-cepat beri Parcetamol..moga-moga cepat kebah…Adam is strong! Sedang terlena kerana kepenatan berlari-lari…
Insyaallah…Ummi bercadang untuk tambah suntikan Prevenar/Pneumococcal…untuk elakkan dari meningitis, pencegahan kuman dalam otak.

Alhamdulillah juga kerana Ummi menerima berita baik hari ini…Syukurku padamu Ya-Allah…semoga perjalanan hidup kami akan dipermudahkan olehmu dan diberkati dunia dan akhirat..Insyaallah…

Komodo maskot sukan SEA Indonesia

Posted by qasidah | Information | Tuesday 26 April 2011 2:37 pm

Assalamualaikum readers,

Biawak Komodo dipilih sebagai maskot Sukan Sea ke-26 di Indonesia dari 11 hingga 25 November ini.

Pasangan dinamakan “Modo” (jantan) dan “Modi” (betina) dipilih sejajar dengan usaha kerajaan Indonesia melindungi spesies haiwan itu yang semakin berkurangan, demikian menurut jurucakap jawatankuasa penganjur sukan itu yang dipetik oleh akhbar Jakarta Post hari ini.

Di Jakarta malam tadi, Modo dan Modi diperkenalkan kepada umum dalam satu majlis bagi memulakan detik pengiraan 200 hari menjelang perasmian sukan serantau itu yang akan diadakan di Palembang. Beberapa acara akan juga diadakan di Jakarta.
Komodo adalah spesies biawak terbesar di dunia dan terdapat di kepulauan Komodo di Flores. – BERNAMA

Qasidah : Modi = ‘moody’…hehe!

15 jenis makanan larangan di kantin sekolah

Posted by qasidah | Information | Tuesday 26 April 2011 2:29 pm

Assalamualaikum readers,

Petikan dari BH Online..

Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan ‘tidak sihat’ yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

Qasidah: Lepas ni tender kantin kena pastikan ada jadual masakan sihat untuk 1 bulan…jangan sampai dah tak tahu nak masak apa sudahlah….betul ke pelajar obesiti disebabkan makanan di kantin? Makanan di luar macamana pula?

@Bazar JB a.k.a Pasar Karat

Posted by qasidah | Dear Diary | Monday 25 April 2011 9:55 am

Assalamualaikum readers,

Dah lama tak berkunjung ke Pasar Karat…ataupun Bazar JB..
Kenapa ye panggil Pasar Karat? Nak kata dah buruk ada juga barang baru…murah-murah lak tu..
Terletak di sepanjang Jalan Segget…dulu kawasan ni amat kotor…setelah pemuliharaan semula sungai tempat ni tak lagi kotor dan berbau…landskap semakin cantik dan tempat pejalan kaki yang selesa.
Bazar JB diwujudkan untuk memberi peluang peniaga-peniaga kecil untuk memasarkan produk mereka, lebih kurang macam Pasar Malam…cuma bayaran tapak adalah setiap hari. Bergantunglah..nak berniaga setiap hari atau hari2 minggu sahaja.

Dulu selalu juga melepak kat sini, tengok2 barang murah2…nak beli tu tengok keadaan juga…
Saya cerewet juga…haha! Dulu ada dalam 20gerai je..skarang dah macam pasar malam…amat panjang…penat juga nak view semua tempat..Dah ada anak ni memang tak pernah pegi lagi, tak larat nak berkejar di kawasan yang amat sesakk…hari minggu ni lagilah ramai orang…boleh kata good bussiness juga kat sini..ramai orang berkunjung..JB takde kawasan entertainment…Danga Bay pun sedang dalam proses pembangunan semula!

Semoga cepat sembuh

Posted by qasidah | Dear Diary | Friday 22 April 2011 1:37 pm

Assalamualaikum readers,

Semalam saya menerima perkhabaran abang saya yang berada di Kuala Selangor..
Dia menghantar pesanan ringkas mengenai keadaan dirinya yang berada di hospital sejak seminggu lepas kerana komplikasi pankreas mengakibatkan kesan kencing manis.
Ohhhoo…dah seminggu baru bagitau…kesal dalam hati…
Mungkin dia ada sebab buat begitu..dia memang macamtu…selalu berahsia..
Selalunya dia tak mahu mak risau..mak pun dah tua, sakit pening anak-anak akan memberi kesan kepada keadaan kesihatannya nanti…susah tidur, kurang tidur dan kerap risau!

Minggu lepas dia di SJMC, kemudian dipindahkan pula ke Hospital Selayang semalam..
Alhamdulillah, setelah menelefon kakak ipar, hati lebih tenang…
Dia sudah beransur sihat..melakukan suntikan insulin setiap hari setelah pankreas kurang menghasilkan insulin..
Sebelum ini dia ada buat medical check-up, katanya tiada kencing manis…tup2 ada pulaa..
Risau juga dibuatnya..harap-harap dia cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa…
Juga lebih menjaga pemakanan dan berat badan…kena kurang lemak dan kalori ok…
Insyaallah…aku sayang kamu! Aku kan pendengarmu yang terbaikk..

22 April 2011 – Selamat Hari Bumi Sedunia

Posted by qasidah | Love your life | Friday 22 April 2011 12:41 pm

Assalamualaikum readers,

Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April. - Wikipedia

Flashback…

Dahulu masa zaman kanak-kanak, setiap orang pastinya diajar membuang sampah ke dalam tong sampah semasa di sekolah. Amalan yang secara terasnya cuma diamalkan di sekolah, di luar sekolah bagaimana pula? di rumah tidak kurang juga…Amalan dan sikap masyarakat kita ada pasang surutnya. Disiplin cuma di sekolah, di hadapan guru-guru dan jadi sebaliknya apabila berada di luar…

Sukarkah menerapkan sikap membuang sampah dengan teratur?
Adakah kerajaan sebenarnya mengambil keputusan yang wajar dengan memperkenalkan tong sampah kitar semula?

(more…)

Sudut kreatif sudah tiba!

Posted by qasidah | Dear Diary | Wednesday 20 April 2011 5:28 pm

Assalamualaikum readers,

Tatkala anak anda menjangkau usia 18 bulan, dia akan jadi lebih kreatif.
Macam ragam nak dicuba termasuklah menconteng dinding supaya lebih cantik. Huhu!
Sedang leka memasak, si Adam sibuk menyelongkar beg laptop Abi..dan sungguh bernasib baik menjumpai sebatang pen yang memang diidam-idamkannya… :) Apalagi mulalah aktiviti kreatifnya..

PADA DINDING RUANG TAMU….

PADA KAKINYA SENDIRI SUPAYA LEBIH CANTIK!

SEHINGGA DIPAKSA MENGELAP DINDING DENGAN TUALA BASAH (tak hilang pun…kena timbal cat balik..) Rajinnya anak Ummi ni…boleh tolong Ummi berkemas lain kali.

Dan dengan muka gembiranya diambil gambar selepas selesai menamatkan sessi sudut kreatifnya hari ini. Dah banyak buku kosong/whiteboard yang Ummi sediakan…dinding dan kaki juga yang menjadi mangsa…Alahai! Ummi tak marah pun cuma Abi belum tengok lagi hasil nukilan ‘pelukis cilik’ ni lagi..

say cheeseee!

Pankek Madam Cda

Posted by qasidah | Recipe | Tuesday 19 April 2011 4:27 pm

Assalamualaikum readers,

Malam sudah termimpi makan pankek a.k.a Lempeng (kata orang Melayu)
Yang syoknya mimpi pasal pankek kat McDonald tu…kalau kat iklan-iklan McD ada ilustrasi pankek tu bubuh madu atasnya. Huk huk huk. Tak sanggup nak bertandang ke McD dek kerana pankek itu!
Baik madam buat sendirik kan lagi puas hati…tak terkata!

kalau ada rupa hangit lagi sedap! Haha

banyaknya...leh makan ramai-ramai

Setelah menyelongkar peti sejuk terjumpa kotak susu segar..Emm..yummy juga kalau ditambahkan susu segar, berkata-kata hati ini…Inilah resepinya…

Bahan-bahan:
Tepung gandum secukupnya
2 sudu gula (ikutlah kalau suka manis)
1 sudu Serbuk penaik
1 cawan susu segar
1 biji telur
sedikit esen vanilla
setitik pewarna kuning
sedikit garam
dan air secukupnya

  1. Masukkan semuanya ke dalam mangkuk adunan dan kacau sehingga sebati. Resepi madam senang jer, campur semua dan pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agaklah.
  2. Panaskan kuali leper. Bubuh 1 senduk dan biarkan masak dengan api kecil sebelum diterbalikkan
  3. Sedia dimakan dengan susu pekat, madu… :p
  4. Sesuai untuk breakfast atau minum petang…Makan panas-panas yer!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Next Page »