Diriku, Selamat Hari Lahir…

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 31 May 2011 10:53 pm

Assalamualaikum readers,

Artikel ini ditulis sebelum 1/6/2011…iaitu satu tarikh keramat. Harijadi saya yang ke 3 series..
Pejam celik pejam celik tak samgka pula dah menjengah ke 3 series…rasa macam masa berlalu begitu pantas.
1 jun mengingatkan saya kepada Hari TUDM juga. Pada tahun ini, TUDM menyambut ulangtahun yang ke-53. Dulu pernah juga bercita-cita nak jadi anggota TUDM..dek kerana tarikh lahir sama…haha! Lawak kan…

Akhirnya cita-cita tak tercapai…jadilah manusia yang lain yang berkarier selain bidang polis/tentera. Sambutan harijadi yang tak jatuh pada hari tidak bekerja ni sememangnya jarang saya sambut, memandangkan usia yang kian meningkat…diharapkan tahun ini akan berusaha meningkatkan amal ibadah dan bersedekah kepada yang memerlukan. Insyaallah, rezeki kalau dikongsi akan berkat sehingga ke akhirnya. Menjelang 3 series ini tiada apa yang diharapkan, sekadar kesihatan dan keberkatan hidup disamping anak dan insan-insan tersayang yang mendorong kehidupan ini.

Buat mak, terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan saya seadanya. Oh ya..saya juga telah melalui jerih perit seorang ibu melahirkan dan membesarkan anak. Insyaallah, mak akan sentiasa di hati walaupun usiaku sudah 3 series…

Buat suamiku yang kini outstation, Ummi sedih juga Abi tiada disisi Ummi dek kerana tuntutan tugas. Kena pula tarikh kursus Abi dengan harijadi Ummi, nak buat macamana…nanti celebrate dengan Adam ajelah nampaknya. So, no cake and no party…nanti bila semua orang dah pulang…lets celebrate…!

Sessi Menjaga Adam

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 31 May 2011 10:40 pm

Assalamualaikum readers,

Hari ini aku bercuti sebab Adam demam. Dah beberapa hari badannya panas pada waktu malam, siang pulak ceria gembira nak ke taska…2 hari lepas aku terpaksa hantar Adam ke taska juga dek kerana kena hantar training FMEA selama 2 hari. Nanti kalau aku tak attend apa pulak kata bos. Menadah telinga dengar training…so far ok juga sebab banyak ilmu yang sepatutnya dipraktikkan dalam manufacturing. Kena ingat dan faham konsep barulah excellent FMEA…instructor Mr. Voon pun friendly….actually title dia sebelum jadi trainer ialah Operation Manager kat salah satu top manufacturing company. Kerja kalau makin tinggi pangkat kat swasta ni makin stress…sebab kena marah orang untuk mengelakkan diri kena marah dengan orang atasan lagi dan customer..gaji OM tentulah banyak..memadai untuk hidup senang…tapi itulah kan, rezeki masing-masing…jika berani berusaha tentu hasilnya lebih lagi..

Memandangkan dia dah bukak company training sendiri…hidupnya lebih teratur, gembira sebab tak ada orang marah, malahan memberi ceramah kat orang membuatkan dirinya lebih muda dan ceria. Katanya tak sama macam bekerja dengan orang dulu..kena standby kalau orang telefon…komplen pasal subordinates…pasal shipments, pasal production bla..bla..bla…  

Banyak juga dia ingatkan aku…suruh cari pengalaman bekerja supaya lebih jadi berilmu..petang tu, sebelum habis training dapat call dari nurseri. Adam punya badan agak panas. Diaorg nak kasi ubat demam taska. Aku berkeras tak beri…suruh diaorang mandikan Adam lebih kerap supaya tak overheated. Risau jugak, hantar nurseri ni risikonya tinggi kalau ada budak demam memang Adam pun berjangkit sama..Almaklumlah, antibodi dia kureng sikit. Aku dah berusaha memberi scott emulsion setiap hari. Memang mudah dia berjangkit.

Kami juga telah merujuk ke klinik dan bercadang memberikan dos tambahan vaksin Pneumococol pada Adam untuk memberi ketahanan terhada penyakit. Vaksin ni kena order, untuk umur Adam ni kena ambil 2 dos. 1 dos bersamaan rm240…hoho! Insyaallah, kami akan lakukan apa sahaja untuk kesihatan anak. Sekarang ni macam2 penyakit boleh muncul dalam sekelip mata…

Seperti biasa, ubat yang Adam dapat setiap kali ke klinik – Antibiotik, Demam, Batuk dan Selesema..complete set yang perlu diberi. LAtely, agak sukar nak beri makan ubat sebab dia dah bijak menilai mana satu ubat dan air. Scoot Emulsion pun disangka ubat…huhu. Adam sekarang dalam tempoh penyembuhan…semoga anak kami ceria semula.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG

Posted by qasidah | Dear Diary | Friday 27 May 2011 6:01 pm

Assalamualaikum readers,

Berkongsi petikan dari note FB seorang teman,

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.   Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..pe…nat sangat tuh”.   Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.   Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.   Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”…lalu suami berkata…..”nak demam kot”.   Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.   Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.   Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..   Namun suatu hari….   Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.   Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.   Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..   Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….   SAYANG….abang mintak maaf….   Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….   Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….   Bila  SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….   Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….   Bila SAYANG  ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..   Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..   Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….   SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..   Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….   Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….   Kiasatina 11 may 2011
 
Aku pernah merasakan kepenatan menjadi seorang surirumah dan menjaga seorang anak. Bayangkan pula macamana surirumah yang punya ramai anak dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, suami, anak-anak dan terpaksa mengabaikan kepentingkan kesihatan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan orang lain.
 
Aku tidak pula menyalahkan sang suami jika memerlukan perhatian dari isteri setelah sibuk bekerja. Mungkin kepenatan yang dirasai berbeza sebab itu memerlukan belaian sang isteri. Masalah kewangan memang menjadi penyebab utama kita mengabaikan kesihatan. Yelah, nak tunggu klinik/hospital kerajaan memang lebih murah..beratur panjang dan memakan masa. Pergi ke swasta paling kurang kena ada 5k dalam simpanan mana tahu sesuatu terjadi….rasanya setiap keluarga perlu melanggan insurans untuk ’secure’ kesihatan. Duit memang boleh dicari…tapi kalau tak sihat macamana nak cari duit?? 

Selamat Hari Guru & Hari Wesak

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 17 May 2011 10:09 pm

Assalamualaikum readers,

Lama sudah tak ke udara..dek kerana terbatasnya hidup sejak kebelakangan ini.
Insyaallah saya akan berusaha untuk menulis dengan lebih kerap jika diizinkan.
Di kesempatan ini teringin juga nak ucapkan selamat hari guru buat guru-guru yang pernah mengajar saya sepanjang persekolahan saya…Tadika Kemas Bukit Rahmat, SK Bukit Rahmat, Sekolah Agama Bukit Rahmat, Sekolah Agama Sri Binjai (darjah khas) dan SMK Tongkang Pecah (form1-5).
Tidak lupa juga untuk pensyarah2 FSKSM UTM dan penyelia projek akhir saya, Prof. Dr Safaai Deris.
Jasa bakti kamu semua tidak terbalas sehingga ke akhir hayat…

Dulu-dulu, masa zaman sekolah…hari guru ni tidaklah istimewa sangat…kini, siap masuk TV..ada ucapan PM lagi…kiranya profession perguruan telah dinaik taraf dan dihargai semua masyarakat Malaysia. Tanpa guru tiadalah manusia2 hebat yang tersohor pada masa kini….

Zaman persekolahan dahulu, kami tidak mampu menyediakan hadiah buat guru…kini, rasanya setiap kali hari guru anak-anak diwajibkan membawa hadiah buat guru (uhh…kalau ada yang degil bawa hadiah katak macamana yaa..?) Ahahaa…pada saya..hadiah itu bukan perkara penting, yang penting keikhlasan seorang guru itu mengajar dan mendidik anak bangsa tidak perlulah dibalas dengan hadiah. Cukuplah menghadiahkan kecemerlangan dalam pelajaran..Insyaallah, Usaha yang berterusan akan membuahkan hasil. Semua orang adalah bijak kerana setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Selamat Hari Guru dan Selamat bercuti Hari Wesak buat 1 Malaysia!

Bersyukurlah

Posted by qasidah | Dear Diary | Friday 13 May 2011 10:59 pm

Assalamualaikum readers,

Maaf, kesibukan membatasi keadaan…aku benci keadaan ini.

Pernahkah anda terfikir betapa tidak bersyukurnya kita…

Kadangkala, tidak ada pekerjaan membuatkan kita bosan dan jemu…
Sudah ada pekerjaan kita merungut kerana kesibukan…
Hilang pekerjaan hati jadi susah hati…
Hidup tanpa wang dunia macam sepi….
Sedarkah betapa tidak bersyukurnya pada kurniaan Allah…
Aku tidak mahu kesibukan membataskan waktu..aku mahukan kehidupan yang seimbang duniawi dan ukhrawi…aku mahu kehidupan membesarkan anak-anak dengan tanganku sendiri..aku perlukan ruang untuk memberi kasih sayang yang setimpal pada anakku…aku tidak mahu dia kecewa kerana aku alpa dengan kehidupan..aku mahu punya impian yang menggunung, punya pekerjaan dan kehidupan yang bahagia..
Sukar sangatkah membahagikan masa? Aku?? Masih belajar menguruskan masa dengan istiqamah dalam ruang lingkup kehidupan yang lebih selesa… Insyaallah!

Sukarnya menjadi orang dewasa… :)

Selamat Hari Ibu..

Posted by qasidah | Dear Diary | Sunday 8 May 2011 7:25 pm

Assalamualaikum…

Dear Mak,

Selamat Hari Ibu untuk mak saya, Hajah Arpiah Sairi..walaupun adanya Hari Ibu tak bermakna anakmu ini lupa pada mak. Setiap saat dan setiap detik selalu mengingati mak. Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mak senantiasa. Terima kasih kerana mengasuh dan membesarkan anakmu ini dari kecil hingga dewasa. Segala susah payah,jerih dan pengorbananmu tidak mungkin terbalas sehingga hujung nyawa kami. Doakan kejayaan dan kebahagiaan anakmu ini. Terima kasih mak…insan yang tiada tandingannya didunia ini. Sayang mak selamanya!

Hukum rebonding rambut mengikut syarak

Posted by qasidah | Information,Tazkirah | Friday 6 May 2011 3:37 pm

Assalamualaikum readers,

Tazkirah ini dipetik dari : www.mykhilafah.com untuk dikongsi bersama.

Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094).  Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait dengan rambut seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut, menyambung rambut dan mewarnainya.  Rebonding juga termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi hukumnya perlu diperincikan.

Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk kita mendalami realiti dan fakta proses rebonding itu sendiri. Rebonding adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut si pemiliknya agar rambut jatuh lebih lurus dan lebih indah.  Proses rebonding mempunyai dua peringkat iaitu:

Rebonding

Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan protein rambut.  Kemudian rambut dikepit seperti diseterika dengan alat pelurus rambut bersuhu tinggi.  Kedua, rambut disapukan dengan krim tahap kedua untuk mengekalkan kelurusan rambut.

Proses rebonding melibatkan proses kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut.  Protein pembentuk rambut manusia dinamakan keratin, yang terdiri dari unsur cystine iaitu sebatian asid amino yang memiliki unsur sulfida.  Ikatan disulfida -S-S- dari cystine inilah yang paling penting dalam menentukan bentuk rambut kita.  Rambut berbentuk lurus atau kerinting disebabkan keratin mengandungi ikatan disulfida yang membuat molekul mengekalkan bentuk-bentuk tertentu.

Dalam proses rebonding, sejenis krim khas disapu ke atas rambut  bertujuan untuk membuka/memutuskan ikatan disulfida itu, sehingga bentuk rambut yang kerinting menjadi lurus. (more…)

Taska vs Babysitter

Posted by qasidah | Dear Diary | Friday 6 May 2011 3:05 pm

Assalamualaikum readers,

Setelah membuat pertimbangan yang kira-kira agak sukar juga, kami akhirnya memilih untuk menghantar Adam ke taska demi kebaikan dan kepentingan bersama. Banyak perkara yang sudah difikirkan..baik dan buruk. Agak sukar juga membuat keputusan kerana kadangkala kita berfikiran sempit mengenai taska setelah bermacam-macam insiden kanak-kanak kemalangan di taska.

Semalam, Ummi telah membuat kunjungan ke taska untuk mengetahui dengan lengkap keperluan bayi seperti Adam dan kaedah yang mereka gunakan untuk menghibur anak-anak kecil. Alhamdulillah, Ummi dan Abi lebih yakin dan bertekad untuk menghantar Adam ke sana disebabkan :

  1. Adam boleh belajar lebih berdikari dan bergaul dengan kawan-kawan yang ramai. Taska ni mempunyai lebih 50 orang anak termasuk dari baby hinggalah sekolah rendah (transit dari sekolah)
  2. Adam jarang sekali tersedak. Kebarangkalian risiko tersedak adalah 0.01%. Lagipun Ummi dan sediakan botol anti-colic. Insyaallah, Adam pun sudah pandai memulangkan botol susu kosong yang sudah habis diminum.
  3. Kehidupan Adam akan lebih teratur – kawasan berlari lebih luas, material permainan disediakan, aktiviti menyanyi, mengaji dan belajar disediakan. Harap-harap Adam boleh mendisiplinkan diri sendiri.
  4. Reputasi taska ini juga baik, kini telah mempunyai 2 cawangan. Insyaallah, kami akan setia disana jika mereka tetap kekal dengan servis terbaik..
  5. Taska akan tetap buka kecuali cuti umum..Tak perlu nak fikirkan backup plan kalau babysitter tetiba nak cuti emergency, nak cuti raya lama ke, nak pergi bercuti ke… :)
  6. Taska juga menyediakan insurans sekiranya berlakunya kemalangan, memanglah mana ada parent nak anak tercedera..sekurang-kurangnya akan melindungi kedua-dua pihak.

Ada juga Cons nya :

  1. Kalau dah duduk ramai-ramai kemungkinan besar mudah terkena penyakit – selesema, demam, chicken pox, campak, sakit kuku kaki tangan mulut..Setakat ni Adam memang mudah sakit..Umi dah berikan minyak ikan kod Scotts..nanti Ummi survey untuk chewis vitamin pulak..
  2. Adam main agak kasar dan cara approach pun kasar, jangan bergaduh pula…Alahai..tapi dengarnya kalau ada kawan-kawan dia jadi lebih baik.
  3. Adam mudah menurut apa yang orang lakukan, jangan memanjat2 sudahlah.

Ummi harap Adam akan lebih terkawal di sana, makan pun disediakan dengan rapi..Ummi cuma sedikit bersedih kerana terpaksa berpisah semula dengan Adam. Mesti minggu2 pertama Ummi akan selalu ingat Adam..Ummi perlu bekerja semula untuk kita sekeluarga. Insyaallah…doakan semoga segalanya yang terbaik buat kami!

Masak lemak ikan tenggiri

Posted by qasidah | Recipe | Friday 6 May 2011 2:40 pm

Assalamualaikum readers,

Misi marathon makan ikan bersambung lagi. Hari ini saya pilih ikan tenggiri pula. Sangat besar dan makan space dalam peti sejuk. Satu minggu mesti ada memasak masakan bersantan..kena kurangkan kekerapan untuk menjaga kesihatan. Resepi hari ini tidak pedas kerana dimasak bersesuaian dengan Adam, supaya dia boleh makan sekali. Kalau nak tambah kepedasan sila masukkan cili padi/cili merah lebih banyak.

Bahan-bahan dikisar/tumbuk:

5 biji bawang kecil
1 inci Halia
1 inci kunyit
2 biji bawang putih
1 batang serai – dititik
1 biji Lada merah – ikut suka (nak pedas tambahkan)
Air asam jawa
garam dan perasa
santan kelapa
Daun kunyit yang diracik2..

Cara-cara:

  1. Mula-mula, perapkan ikan bersama garam dan kunyit kemudian digoreng setengah masak. Tujuannya supaya bila dimasak nanti ikan tidak mudah hancur.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk, letakkan secukupnya air asam jawa dan tambahkan garam dan perasa. Biarkan ia mendidih sebelum masukkan santan pekat. Tambahkan daun kunyit untuk aroma. 
  3. Kecilkan api dan kacau perlahan hingga mendidih sekali. Tutup api, sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

Peti sejuk dipenuhi ikan…

Posted by qasidah | Dear Diary | Wednesday 4 May 2011 4:34 pm

Assalamualaikum readers,

Alhamdulillah…2 hari sudah Abi pulang dari laut setelah 3 hari 2 malam menjadi nelayan di Pulau Aur, Mersing.
Banyak juga hasil tangkapan tapi sudah dibahagi sama rata kepada 8 org kwan-kawannya….bahagian Abi, cukuplah dibahagi-bahagi dengan MIL dan SIL juga…ada dok penuh dalam peti sejuk..buat marathon makan ikan selama beberapa minggu la nampaknya…

Mula-mula dulu memang saya tak kasi Abi memancing di laut…rasa risau juga..dah memang itu minat dan hobi yang diwarisinya..sedikit-sedikit hati ni memberi lesen padanya untuk ke laut setiap tahun…masa preggy dulu dia mengidam juga ke laut..tapi saya tak kasi..risau apa-apa jadi pada baby dalam perut..Orang kata kalau isteri mengandung tak elok mengail..takut sumbing…boleh pulak berseloroh dia…abis nelayan tu kalau bini dia pregnant tak ke laut la dia?? Iskk..itu nelayan…memang kerja tetap dia…bukan awak yang nelayan bermusim!

Bagus juga makan ikan segar dari laut..masak pun sedap je rasanya..rasa ikan memang besttt!
Tak kisahlah kukus ke, asam pedas ke, kari kepala ikan ke…semua OK!

ikan yang sihat dalam tong ikan

gambar burung laut pun cantik juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Next Page »