Bila Adam jumpa Nanny lagi..

Posted by qasidah | Dear Diary | Wednesday 4 May 2011 3:49 pm

Assalamualaikum readers,

Hari ini percubaan pertama menghantar Adam ke babysitter yang baru setelah sekian lama Ummi menjadi babysitter kepada Adam Hariz. Terdetik juga ‘macamana orang jaga anak aku?’ Ok ke tak…mahu bekerja semula kenalah Adam dikorbankan ke babysitter. Semoga serasi dan Adam jadi budak yang lebih baik!

Lepas mandi dalam pukul 10pg, Ummi bergegas menghantar Adam dan membawa semua barang keperluan spt tilam, bantal, sabun mandi, syampu, baju2 dan pampers…susu dah Ummi labelkan dengan sukatan sebab Ummi dah cairkan sukatan dek kerana Adam sembelit minum susu Amnum ikut sukatan pada tin…

Alhamdulillah…Adam boleh bergaul tapi agak kasar sikit..Dek kerana penangan menonton cerita gaduh-gaduh kat TV pun boleh buat kanak-kanak mudah terpengaruh…Adam tengok sekali je, terus dipraktikan hari2…huhu! Kalau ada anak jangan la buka cerita-cerita perang ke, pukul-pukul kungfu ke…budak memang pantas mengikut..

Harini Ummi bergegas juga ke Tabung Haji Larkin Perdana..dah lama plan nak buka akaun simpanan Tabung Haji untuk Adam…asyik tak sempat jer(alasan ehh..?) Alhamdulillah, urusan pun berjalan lancar..cuma perlu $$$ dan potostat IC Adam dan Ummi…Ummi pun menjadilah penjaga wang Adam…kena bantu dan ajar Adam menyimpan wang untuk masa hadapan. Before this, guna akaun Ummi je…sebab Ummi sangat rajin nak ke TH.

Pukul 130 thgr ambik semula Adam sebab babysitter telefon nak ke kursus KEMAS…boleh yer gitu? Layan jerlah sebelum Ummi mula bekerja semula…tak tahulah macamana dia nak control Adam dan nak ke kursus KEMAS lagi minggu depan. Wait n see jer, dia dah setuju nak jaga Adam kena la sepatutnya beri komitmen yang baik…babysitter ni jaga 2 orang termasuk Adam..yang sorang tu lelaki juga..amat baik dan menurut perintah..Adam pulak? Adam akan jadi amat aktif mengemas juga nanti kalau dibawa ke KEMAS…Hoho!

Moga-moga Adam tidak menangis bila Ummi benar-benar harus bekerja luar rumah… :)

Selamat Hari Pekerja 2011

Posted by qasidah | Dear Diary | Sunday 1 May 2011 10:48 am

Assalamualaikum readers,

1 Mei – Sambutan Hari Pekerja untuk semua pekerja di sektor awam dan swasta…semoga terus bekerja dengan tekun dan dedikasi yang tinggi untuk pembangunan diri dan negara…

Selamat bercuti untuk semua kerana esok pun cuti digantikan…Horray! cuti lamaa…
Untuk yang membuat perjalanan jauh, berhati-hati di jalan raya…
Untuk kami yang tidak kemana-mana kerana Abi telah pergi ‘menjadi nelayan sementara’…Ummi cuma doakan selamat pergi dan balik…semoga dapat ikan-ikan segar bugar… :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
« Previous Page