Demam oh Demam..
Assalamualaikum readers,
Selamat berpuasa buat semua…sudah masuk hari ke-16 InsyaAllah. Ramadhan kali ini memang betul-betul menguji kami sekeluarga. Selepas Adam pulih dari chickenpox, Ummi pula demam berpanjangan. Dah 2 kali ke klinik sepanjang 3 hari dek kerana suhu badan tidak turun-turun. Semalam dan hari ini Ummi dapat MC (la~~la~~la~~~) Bab-bab MC memang gumbira..kerana susah betul nak dapat MC sekarang.
Sabtu lepas Ummi ke Klinik Lim Taman U.Kebetulan berbuka puasa kat rumah MIL..singgah sekali kira dah dekat. Lagipun badan rasa tak sedap dan seram sejuk..this special clinic memang klinik yang biasa Ummi pergi kalau sakit susah nak baik. Sejak jadi student lagi…dulu masa jadi student UTM accident pun cuci luka kat sini..heheh.Ummi accident bukan sebab merempit yerr..tapi ada kereta yang melulu keluar dari simpang dan Ummi xsempat elak..Doktor ambil suhu 38 darjah celcius. Dapatlah ubat Antibiotik, Demam, Batuk dan Selesema..
Malam itu hingga hari Ahad Ummi collapsed…terbaring jer. Fikir-fikir macamana la nak kerja hari Isnin. Kalau cuti lagi nanti boss marah kot..sebab banyak dah Ummi cuti tak bergaji bulan ni menjaga Adam sakit. Pagi Isnin ummi gagahkan jugak pergi kerja. Masih boleh drive lagi sebab ‘auto’..lepas hantar Adam ke taska Ummi drive ke tempat kerja..bila nak buat kerja berdiri lama sikit macam nak pitam..ni tak boleh jadi…dah pucat lesi dari muka sampai kaki ni..Ummi berjalan kaki pula ke klinik panel company yang satu buiding jugak. Check punya check suhu Ummi 39 darjah celcius..huhu. suhu semakin naik. Doktor kasi MC dan suruh Ummi ke klinik kerajaan untuk ambil sampel darah untuk ujian denggi sebab demam dah lebih 3 hari.
Ke klinik kerajaan…Aduhhhss…ramainya orang..kene beratur panjang lebih dari 30 orang untuk daftar nama. Huhu..sabar-sabar…tapi sekarang klinik kerajaan dah pantas buat kerja. Takde dah delay lama..sessi petang memang ramai orang agaknya. Ready untuk ambil darah..huhu. kalau tak sakit tak sangguplah tadah tangan untuk sampel darah ni..Lepas analisis darah siap..inilah hasilnya..
ada Low volume untuk Lympocyte, Monocyte, Mean Platelet Volume. iskk…apekebenda ni?? Ummi siap tanya doktor lagi kalau kena denggi tu macamana? Dia kata kena tengok kat Platlet Count..Rabu ni kena datang lagi untuk buat sampel darah lagi. Kalau Platlet Count tu turun ada kemungkinan memang ada denggi…uhuhu…kena datang ambil darah lagi esokkk…Tidaakkkk! Hari ini puasa x? Ummi geleng kepala..padahal Ummi memang period..’OK kalau tak puasa, balik ni terus makan ubat…saya kasi MC sampai esok’..bagus la doktor ni.
ohhoohhooo..Hidupku dipenuhi ubat-ubatan minggu ini..Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu ini menghadapi segala dugaanmu…(Mood : Serangan batuk dan demam masih ada….)





