Kaizen Week

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 27 September 2011 12:27 am

Assalamualaikum readers,

Lately, bit bz..hehe..baru start involve dengan aktiviti Kaizen. Sapa-sapa yang tak tau Kaizen ni adalah Japanese concept untuk continuous improvement. Selalunya digunakan konsep ni untuk  meningkatkan produktiviti dan membuang kerja-kerja yang ‘wasted’…sesuai untuk manufacturing, production yang melibatkan banyak proses. Tak banyak company yang nak invest untuk Kaizen ni, but my company ni memang setiap masa ada budget untuk improvement plan…kadang-kadang, walaupun sibuk..layannn jelah.

Banyak lagi info pasal Kaizen kalau nak google…this is my first time join Kaizen activity dan melibatkan external people.. Maybe next week Japanese people akan datang verify aktiviti kami..Yeeahhhhaa…hopefully semua berjalan lancar. Sebab kami team underdog..ahaha!..Sebab semua orang nampak kami rilek n cool!!…Good luck team 14..semoga kita semua mendapat manfaat dan pengalaman terbaekkk..

Jika anak demam..

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 13 September 2011 5:54 pm

Assalamualaikum readers,

Baru terbaca petikan dari Metro Online mengenai kembalinya ke Rahmatullah anak Safura (pelakon)..
http://www.hmetro.com.my/articles/Safurareda/Article

 follow link ni untuk artikel penuh..

Kasihan kan…masih kecil lagi…Risau juga kalau anak demam ni…Adam selalu juga jadi macamni..
Lately masih continue antibiotik dari Klinik Pakar Kanak-kanak. Dah penat ke klinik biasa kami ke Klinik Pakar pula..Harap-harap Adam tak mudah terkena jangkitan lagi..Sejak duduk di Taska ni memang Adam kerap demam..berjangkit-jangkit pula ke Ummi..hoho!

Apa yang selalu saya buat jika anak demam:
a) Letak dahi dengan tuala basah untuk kurangkan kepanasan..
b) Basahkan kepala anak dengan air
c) Mandikan anak dengan lebih kerap
d) Beri air masak dengan lebih kerap
e) Tambah lagi cool fever kat belakang badannya – macam x kurang pun
f) Sapukan Vicks kat tulang belakang dan dada serta atas hidung untuk memudahkan pernafasan
g) Tido kat depan TV dek kerana anak akan meragam sentiasa..muntah2, merengek…hoho..
h) Selalu juga saya listkan nama-nama ubat yang pernah diambil untuk anak..seperti ubat Antibiotik, Demam, Selesema, Batuk dan Kahak…ada nama-namanya…lain klinik lain jenis ubat tapi fungsi yang sama..ada yang low,medium dan high effect…

Itu sahaja, saya harap-harap sangat..kalau saya ada anak lagi saya nak berusaha beri breastfeed sehingga 2 tahun..Insyaallah…cukuplah yang satu ni…sangat memeningkan kepala jika kerap sakit dan $$$$ berterbangan setiap masa…huhu!

Rindu MAK…

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 13 September 2011 5:33 pm

Assalamualaikum readers,

Dah lama tak berblog…maaf semua…
Kesibukan aidilfitri pun seperti cepat berlalu tanpa disedari..
Salam aidirfitri untuk semua…maaf zahir dah batin hendaknya..

Sejak Khamis lepas mak dimasukkan ke wad Hospital Batu Pahat kerana jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah…kami sekeluarga juga dijangkiti virus yang sama..mungkin keadaan masih muda..daya imun masih kuat…mudah sikit nak recover dari penyakit..Kebanyakan yang sakit macamtu warga tua sebab daya tahan penyakit mereka dah semakin lemah…Mak mengalami sesak nafas a.k.a pnemonia bahasa doktornya..huhu..paru-paru dipenuhi kuman dek kerana batuk yang berpanjangan..

Setakat catatan ini ditulis, sudah 7 hari mak di hospital…mujurlah dah berpindah ke Kelas 1…mak tak perlu lagi sekodeng orang lain yang sakit, mak boleh lena tidur tanpa gangguan kebisingan…Harap mak segera sembuh…Terima Kasih buat kakakku yang setia menjaga mak di hospital…nanti weekend kita rotate yer..Insyallah…semoga mak sembuh dengan cepat…Rindu mak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...