Sistem kedai online dengan Zen Cart

Posted by qasidah | Books | Thursday 24 February 2011 4:30 pm

Assalamualaikum readers,

Harini saya nak kongsikan satu lagi buku yang sesuai untuk user yang nak membuka kedai secara maya/online. Alhamdulillah, dah selamat pun saya baca buku ni..even dah lama beli dok dalam simpanan dah lama juga… :)

Tajuk : Sistem Kedai Online dengan Zen Cart
Penulis : Sabri SaifulSham & Syazwan SaifulSham
Harga : RM15.50
Penerbit : PTS Publication

Banyak idea-idea yang disertakan dalam buku ni, tapi bersesuaian dengan beginner juga sebab disertakan langkah demi langkah cara untuk membuat kedai online dengan mudah dan murah..

Zen Cart ni kira macam open source, percuma dan software ni dicipta dengan tool-tool yang lengkap untuk memulakan bisnes. Ia adalah antara shopping cart yang paling banyak digunakan didunia..

Saranan untuk beginner, kene baca banyak kali untuk faham..sebab untuk buat sesuatu tu kena faham konsepnya..tak boleh buta-buta hafal..next time kalau ada additional step dah teraba-raba balik… :) Penerangan agak mudah juga…tapi lagi bagus kalau sambil baca dan sambil praktik..kalau tak faham boleh semak semula pada buku…walaupun taklah 100 peratus exactly kita buleh follow, buku ini sangat bermakna untuk sesiapa yang baru bermula untuk membuka kedai online (macam saya??…hehe, kedai tak ada lagi…cita-cita ada!)

Apapun, kena fikir positif..kalau tak faham boleh baca berulang-ulang kali….ilmu bergantung pada setiap orang, ada yang mudah mendapat ilmu dan ada yang kena ulang tayang supaya lebih lancar…Selamat mempraktikkan buku ini!!

Quranic Law of Attraction

Posted by qasidah | Books | Monday 21 February 2011 4:59 pm

Assalamualaikum wbt…

Alhamdullillah, ku panjatkan syukur kepada Allah…rasanya belum terlewat untuk membaca satu naskhah istimewa karya Rusdin S. Rauf ini. Buku ini dialih bahasa ke bahasa Melayu oleh PTS Publication. Abi yang beli buku ni..tapi aku yang dah selesaikan pembacaan dulu.

Banyak perkara yang diceritakan mengenai Al-Quran, mukjizat Rasulullah…
Buku ini amat istimewa…mengenai menyerlahkan potensi diri dengan Hukum Tarikan (Law of Attraction) berdasarkan al-Quran..Rasanya terlalu kerdil sebagai umat Muhammad kerana aku jarang membaca tafsiran al-Quran..selalu fast reading je.. :(

Menceritakan bagaimana konsep doa, syukur dan sabar. Elemen-elemen penting yang perlu dipraktikkan supaya permintaan dikabulkan..

Apabila kita mendapat kesenangan, kesyukuran adalah bayarannya dan ketika kita ditimpa kedukaan, sabar pula bayarannya

Banyak petikan doa-doa didalam al-Quran yang perlu diamalkan contohnya:

  • Apabila saudara belum dikurniakan cahaya mata, amalkan membaca doa Nabi Zakaria sekerap mungkin dan fahamilah maknanya ” Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa dan berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku  seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu…”  (Surah Maryam ayat 4-5) 

Ada banyak lagi ilmu yang harus dimanfaatkan semua menepis keraguan, bangkit dari kegagalan, melatih kesabaran, bertindakbalas dan waktu yang tepat membaca al-Quran…

InsyaAllah…buku ini bermanfaat untuk semua! Ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...