Dek kerana Mc Chicken..

Posted by qasidah | Dear Diary | Monday 6 February 2012 1:00 pm

Assalamualaikum readers,

Semalam satu hari suntuk sakit perut dan cirit-birit. Petang Sabtu, kakak tapaukan Happy Meal (berisi Mc Chicken) dan Prosperity Burger 2 set untuk kami sekeluarga.Haha..malas masak sebenarnya petang itu…dapatlah M for McDonald. Dek kerana Mc Chicken, saya dan kakak telah mengalami cirit-birit. Untung En Suami makan Prosperity.

Pagi Ahad dah membuang air besar..huhu.. Rasa macam memulas-mulas..perut pun dah mual. Makan apa pun tak lalu. Husband pulak ajak jalan-jalan tengok rumah.Kami dalam usaha mencari rumah yang bersesuaian pada masa sekarang dan akan datang..huhu!… Makan tengahari di luar..dah lama tak makan kat tempat ni, warung ‘ Madu Tiga’..jalan ke arah Pontian berdekatan dengan Jabatan Penjara kott..dek kerana perut memulas keinginan nak makan Asam Pedas pun agak terbantut. Habislah asam Pedas saya diratah Encik Suami..hihi.

Dalam perjalanan pulang saya mintak singgah di caltex..ada rasa macam nak membuang..Hoho..sakit perut yang amat sangat hingga berangin satu badan dan muntah sekali kat singki..Huhu..mintak maaf pada tuan kedai Caltex..sudah tidak sempat ke toilet. Tetiba rasa angin membuak keluar..huhu.. Hari ini saya ke klinik..dapatlah ubat tahan muntah, angin, air garam dan tahan dari cirit-birit lagi…alahai…baru rasa aman perut ini..

Hmm…Mc Chicken pun ada jugak yang dah tercemar. Hati-hati sebab memang saya rasa daging ayam seperti dipanaskan semula..agak keras untuk digigit..sehingga anak pun tidak mahu sebab itulah saya yang makan. Dah nasib, tak mengapalah..jangan anak yang sakit. Lagi susah kalau budak kecil yang sakit perut. Huhu..

p.s: Lepas ni kena berhati-hati…kedai makanan segera pun ada kalanya reheat makanan.. :(

Entiti bergelar pontianak

Posted by qasidah | Dear Diary | Saturday 28 January 2012 5:27 pm

Assalamualaikum readers,

Selamat petang…salam sejahtera…
Tengahari tadi Abi bawa cerita agak ngeri…ngeh..ngeh…
Dia baru balik dari pejabat perbadanan…people yang incharge jaga kawasan kediaman kami..
Tup..tup ada pakcik buka cerita katanya…pekerja2 yang potong dahan pokok diserang entiti (likely Pontianak kot..), diaorang kena lempang masa tengah potong dahan2 pokok…eiii…

Ngeri pulak rasa, dahla saya balik kerja agak gelap (hampir Maghrib setiap hari)…dengar pulak cerita macamni..
Abi kata entiti tu tengah cari RnR yang sesuai kut untuk jadi tempat tinggal…tak pernah pulak nampak dan janganla nampak nanti…dah tau cerita macamni nanti teringin pulak nak jengah dahan2 pokok masa gelap malam…hik hik…sekarang kawasan kediaman kami agak rendang dengan dahan2 yang belum dicantas…errmm…sabarlah hati…Jangalah ternampak entiti itu…kalau nak berteduh pun harap2 entiti itu tidak mengganggu persekitaran hidup kami…

Lately selalu jugak dengar anjing menyalak2 tengah malam…agaknya terkesima melihat entiti itu. Alahaiii…. :)

Trip to Cameron Highlands – Part 1

Posted by qasidah | Dear Diary | Saturday 7 January 2012 12:51 am

Assalamualaikum readers,

Last week cuti panjang Christmas 2011, kami ke Cameron…weehhaaaa!!
Dah lama Ummi nak g sana, nak merasa cuaca dingin dan sejuk dan menghayati alam…cewahh.
Selalu dah ajak Abi bawa kami anak-beranak jalan-jalan..katanya “Adam kecik lagi..belum tau nak behave.., nanti susah nak kawal…” Ohhh…but i need this holiday!! Then we go on backpack 3 days 2 nights…memang Abi dah sedia booking dia Brinchang…

But owwhh…the journey!..Kami naik dari Simpang Pulai…sebab nasihat kawan-kawan jalan di situ lebih selamat dari lalu Tapah…but same…mengerikan..Kalau orang naik bas rombongan macamanalah yaa…Apapun kena ada driver yang berhemah..macam kami :p (Cuma dok berfikir..macamanalah diaorg first time buat jalanraya ni…entah berapa kali turun naik bawa tar goreng..)

macam boroi pulak duduk macamni

Pujuk punya pujuk dapatlah kami ke sana…stay @Natasya Hotel..
Boleh dikatakan demand price jugaklah berpatutan dengan view dan keadaan apartment..
Nice view…really…even tempat sejuk Adam tetap bangun 5.30am mintak mandi…Aduhaiii..

Natasya Resort @Brinchang

Kerusi lepak

Bedroom..

Kitchen...ada petisejuk, microwave..tak boleh masak kena fine nnt

Ni pulak view dari apartment Natasya tempat kami stay…boleh nampak orang bercucuk tanam…

View ladang sayur dari beranda rumah

Orang kata cuaca kat sana sejuk…emmm, Adam pulak dok tak mahu pakai jacket pun. Budak tu kuat berpeluh…Agaknya dulu-dulu cuaca kat CH ni memang sejuk, sekarang ni rasa macam aura dingin je. Agak selesa nak berjalan-jalan dek kerana tak berapa panas (tak perlu bawa payung)..Angin pun sepoi2 bahasa!

Bila dah petang barulah rasa dingin mencucuk2 sampai nak pijak mozek pun rasa sejuk sesangat (kenalah pakai stokin…hehe!)

Huhu...sejuk2 pun makan eskrem!!

Adam pantang nampak peti ice-cream, bukak sendiri ambik ice-cream dan pergi kaunter nak bayar…belambak pulak peti eskrem kat kebun-kebun ni…huhu…sabar je laahh..

It’s a long holidays…

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 27 December 2011 12:01 pm

Assalamualaikum readers,

Maaflah entry ini lama sudah tiada update dek kerana tak berkesempatan menjenguk.
Harap-harap saya akan bertambah rajin menambahbaik jurnal ini yaa..

Seronok rasanya cuti panjang…rasa macam tak mau naik kerja pun ada.
My company tempat saya bekerja mengambil cuti panjang bersempena Hari Krismas dan Tahun Baru 2012.
Lama tu….24/12/2011 hingga 2/1/2012…lama kan…ohhoo…kami telah ditolak Advance Annual Leave!

Bagus juga akhir-akhir tahun mood bekerja dah kurang. Need to recharge energy for new year coming in..
Hopefully tahun 2012 menjadi tahun yang lebih baik untuk kami sekeluarga dan anda semua dari segi ekonomi dan kesihatan hendaknya…Aminn..

Me and hubby pun dah rancang2 untuk bercuti-cuti Malaysia bawa Adam lihat dunia..
Dah lama rasanya tak backpack..berjalan-jalan bawa diri dan keluarga menghirup udara segar..
Tapikan, sekarang ni musim hujan pula. Last week, balik Batu Pahat pun seharian terperuk dirumah dek kerana hujan dari pagi hingga malam…aduhaiii…air parit pun dah mula naik walaupun parit dah didalamkan bulan lalu. Musim tengkujuh macamni memang tak sesuai pergi laut..takut dilanda OMBAK…

Last week punya basuhan pun lembab2…argghhh..dah berapa hari daa tak kering..
Baju-baju Adam ke taska lagilah banyak bersidai…huhu..Masa nilah fikir-fikir “Alangkah bagusnya ada dryer…” Hik..hik…berangan! Last-last, baju sendiri dan Encik Suami dihantar ke kedai dobi untuk cepat kering…hehe. Bagus idea Encik Suami…kalau hantar dobi selalu kan best.. :)

Hari ini terperuk dirumah..Adam dah ku hantar ke taska. Kesian anak itu…menangis tak mahu ke sekolah dek kerana dah lama berkepit dengan kami cuti Krismas lalu..Maaf anakku..Ummi ada agenda lain hari ini…

a) Nak kemas bilik stor yang dah berselerak, sampai nak masuk pintu pun dah tak muatt..hehe!
b) Nak bukak jobstreet lagi…apply keje la, cita2 nak cari satu jalan dengan Abi.
c) Nak buat donat…ehh…bila nak adun ni?
d) Nak kemas rumahhh…. (ni target to complete b4 2jan2012…)
e) Nak riki2 tempat cuti yang best…xbanjir…xhujan lebat…( adeke??…)

Ohhhoo….then journal will continue….Bye!

Kaizen Week

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 27 September 2011 12:27 am

Assalamualaikum readers,

Lately, bit bz..hehe..baru start involve dengan aktiviti Kaizen. Sapa-sapa yang tak tau Kaizen ni adalah Japanese concept untuk continuous improvement. Selalunya digunakan konsep ni untuk  meningkatkan produktiviti dan membuang kerja-kerja yang ‘wasted’…sesuai untuk manufacturing, production yang melibatkan banyak proses. Tak banyak company yang nak invest untuk Kaizen ni, but my company ni memang setiap masa ada budget untuk improvement plan…kadang-kadang, walaupun sibuk..layannn jelah.

Banyak lagi info pasal Kaizen kalau nak google…this is my first time join Kaizen activity dan melibatkan external people.. Maybe next week Japanese people akan datang verify aktiviti kami..Yeeahhhhaa…hopefully semua berjalan lancar. Sebab kami team underdog..ahaha!..Sebab semua orang nampak kami rilek n cool!!…Good luck team 14..semoga kita semua mendapat manfaat dan pengalaman terbaekkk..

Jika anak demam..

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 13 September 2011 5:54 pm

Assalamualaikum readers,

Baru terbaca petikan dari Metro Online mengenai kembalinya ke Rahmatullah anak Safura (pelakon)..
http://www.hmetro.com.my/articles/Safurareda/Article

 follow link ni untuk artikel penuh..

Kasihan kan…masih kecil lagi…Risau juga kalau anak demam ni…Adam selalu juga jadi macamni..
Lately masih continue antibiotik dari Klinik Pakar Kanak-kanak. Dah penat ke klinik biasa kami ke Klinik Pakar pula..Harap-harap Adam tak mudah terkena jangkitan lagi..Sejak duduk di Taska ni memang Adam kerap demam..berjangkit-jangkit pula ke Ummi..hoho!

Apa yang selalu saya buat jika anak demam:
a) Letak dahi dengan tuala basah untuk kurangkan kepanasan..
b) Basahkan kepala anak dengan air
c) Mandikan anak dengan lebih kerap
d) Beri air masak dengan lebih kerap
e) Tambah lagi cool fever kat belakang badannya – macam x kurang pun
f) Sapukan Vicks kat tulang belakang dan dada serta atas hidung untuk memudahkan pernafasan
g) Tido kat depan TV dek kerana anak akan meragam sentiasa..muntah2, merengek…hoho..
h) Selalu juga saya listkan nama-nama ubat yang pernah diambil untuk anak..seperti ubat Antibiotik, Demam, Selesema, Batuk dan Kahak…ada nama-namanya…lain klinik lain jenis ubat tapi fungsi yang sama..ada yang low,medium dan high effect…

Itu sahaja, saya harap-harap sangat..kalau saya ada anak lagi saya nak berusaha beri breastfeed sehingga 2 tahun..Insyaallah…cukuplah yang satu ni…sangat memeningkan kepala jika kerap sakit dan $$$$ berterbangan setiap masa…huhu!

Rindu MAK…

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 13 September 2011 5:33 pm

Assalamualaikum readers,

Dah lama tak berblog…maaf semua…
Kesibukan aidilfitri pun seperti cepat berlalu tanpa disedari..
Salam aidirfitri untuk semua…maaf zahir dah batin hendaknya..

Sejak Khamis lepas mak dimasukkan ke wad Hospital Batu Pahat kerana jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah…kami sekeluarga juga dijangkiti virus yang sama..mungkin keadaan masih muda..daya imun masih kuat…mudah sikit nak recover dari penyakit..Kebanyakan yang sakit macamtu warga tua sebab daya tahan penyakit mereka dah semakin lemah…Mak mengalami sesak nafas a.k.a pnemonia bahasa doktornya..huhu..paru-paru dipenuhi kuman dek kerana batuk yang berpanjangan..

Setakat catatan ini ditulis, sudah 7 hari mak di hospital…mujurlah dah berpindah ke Kelas 1…mak tak perlu lagi sekodeng orang lain yang sakit, mak boleh lena tidur tanpa gangguan kebisingan…Harap mak segera sembuh…Terima Kasih buat kakakku yang setia menjaga mak di hospital…nanti weekend kita rotate yer..Insyallah…semoga mak sembuh dengan cepat…Rindu mak..

Demam oh Demam..

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 16 August 2011 11:50 am

Assalamualaikum readers,

Selamat berpuasa buat semua…sudah masuk hari ke-16 InsyaAllah. Ramadhan kali ini memang betul-betul menguji kami sekeluarga. Selepas Adam pulih dari chickenpox, Ummi pula demam berpanjangan. Dah 2 kali ke klinik sepanjang 3 hari dek kerana suhu badan tidak turun-turun. Semalam dan hari ini Ummi dapat MC (la~~la~~la~~~) Bab-bab MC memang gumbira..kerana susah betul nak dapat MC sekarang.

Sabtu lepas Ummi ke Klinik Lim Taman U.Kebetulan berbuka puasa kat rumah MIL..singgah sekali kira dah dekat. Lagipun badan rasa tak sedap dan seram sejuk..this special clinic memang klinik yang biasa Ummi pergi kalau sakit susah nak baik. Sejak jadi student lagi…dulu masa jadi student UTM accident pun cuci luka kat sini..heheh.Ummi accident bukan sebab merempit yerr..tapi ada kereta yang melulu keluar dari simpang dan Ummi xsempat elak..Doktor ambil suhu 38 darjah celcius. Dapatlah ubat Antibiotik, Demam, Batuk dan Selesema..

Malam itu hingga hari Ahad Ummi collapsed…terbaring jer. Fikir-fikir macamana la nak kerja hari Isnin. Kalau cuti lagi nanti boss marah kot..sebab banyak dah Ummi cuti tak bergaji bulan ni menjaga Adam sakit. Pagi Isnin ummi gagahkan jugak pergi kerja. Masih boleh drive lagi sebab ‘auto’..lepas hantar Adam ke taska Ummi drive ke tempat kerja..bila nak buat kerja berdiri lama sikit macam nak pitam..ni tak boleh jadi…dah pucat lesi dari muka sampai kaki ni..Ummi berjalan kaki pula ke klinik panel company yang satu buiding jugak. Check punya check suhu Ummi 39 darjah celcius..huhu. suhu semakin naik. Doktor kasi MC dan suruh Ummi ke klinik kerajaan untuk ambil sampel darah untuk ujian denggi sebab demam dah lebih 3 hari.

Ke klinik kerajaan…Aduhhhss…ramainya orang..kene beratur panjang lebih dari 30 orang untuk daftar nama. Huhu..sabar-sabar…tapi sekarang klinik kerajaan dah pantas buat kerja. Takde dah delay lama..sessi petang memang ramai orang agaknya. Ready untuk ambil darah..huhu. kalau tak sakit tak sangguplah tadah tangan untuk sampel darah ni..Lepas analisis darah siap..inilah hasilnya..

ada Low volume untuk Lympocyte, Monocyte, Mean Platelet Volume. iskk…apekebenda ni?? Ummi siap tanya doktor lagi kalau kena denggi tu macamana? Dia kata kena tengok kat Platlet Count..Rabu ni kena datang lagi untuk buat sampel darah lagi. Kalau Platlet Count tu turun ada kemungkinan memang ada denggi…uhuhu…kena datang ambil darah lagi esokkk…Tidaakkkk! Hari ini puasa x? Ummi geleng kepala..padahal Ummi memang period..’OK kalau tak puasa, balik ni terus makan ubat…saya kasi MC sampai esok’..bagus la doktor ni. :)

ohhoohhooo..Hidupku dipenuhi ubat-ubatan minggu ini..Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu ini menghadapi segala dugaanmu…(Mood : Serangan batuk dan demam masih ada….)

Masak apa?

Posted by qasidah | Dear Diary | Sunday 7 August 2011 11:10 am

Assalamualaikum readers,

Selamat berpuasa semua, Alhamdulillah sudah tiba hari ke-7 Ramadhan hari ini. Semoga semua sihat sentiasa untuk meneruskan ibadah puasa.

Hujan renyai-renyai sejak pagi. Adam sudah mengejutkan Ummi bangun sebab pampers dah basah..Hihi. Ummi lupa semalam tukar pampers awal..pastu tengah malam lupa nak tukar lagi. Dahla Adam minum banyak. Terbocor sudah…hujan renyai-renyai lagi sedap tido! Uhuh…xmo tido, dah sakit kepala tido lama-lama.

Misi mandikan Adam..masih menggunakan air suam bercampur daun semambu..Chickenpox Adam dah semakin kering..macam daun tu menyerap bagi cepat kering. Adam dah mula mengutil kudis-kudis chickenpox..alahai xmo laaa…nnt berbekas pulak parut2 tu…

Hari ini plan nak masak apa ye? Hari minggu nak masak special sikit…malam tadi berbuka di rumah mak mertua. Abi tapau ayam golek dari Bazar Ramadan Tmn Dahlia…1 ekor RM18…huhu. Mahal…sebab ayam 1kilo kat pasar pun dah naik harga mencanak-canak ke rm8 sekilo…macamana nak bisnes macamni…pikir2 ada untung ke mereka ni..

Pak mertua pun komplen gak. Tebu 1obatang dah rm34..cemana nak bisnes jual air tebu kalau beli barang pun dah mahal..macmana nak balik modal..huhu!..Kadang-kadamg terfikir juga..bulan puasa ni semua barang boleh naik harga tanpa disedari, dengan alasan bulan puasa..ramai pelanggan banyak permintaan dan barang kurang…huhu! Semua itu ALASAN…kesian pengguna-pengguna yang berpendapatan rendah..

Hm….memikirkan hari ini nak masak apa…Tunggu hujan berhenti..nak ke Pasar Smart Pandan lihat barang apa yang fresh sebelum fikirkan nak masak menu apaa…laa..laaa..laaa…Selamat Berpuasa!

Bercuti tanpa gaji

Posted by qasidah | Dear Diary | Thursday 4 August 2011 10:28 am

Assalamualaikum readers,

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan ‘Salam Ramadhan’ buat semua umat Islam sedunia. Semoga amalan pada bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah dan memperolehi ganjaran olehnya..

Tahun ini tahun mengahadapi bulan Ramadhan paling mencabar dalam hidup saya…Dek kerana Adam mengalami Chickenpox/demam campak. Pada Jumaat lalu, memang saya ada membawanya ke Klinik Penawar dek kerana demamnya yang terlalu panas mencecah 40 darjah Celcius..pada ketika itu belum timbul lagi bintik-bintik berair gejala chickenpox..doktor cuma berikan ubat Batuk/Selesema, Antibiotik dan Demam…

Balik ke rumah saya berikan ubat…tidak kurang juga sakitnya bahkan makin panas. Hati mula risau, kami tekad memasukkan ‘ubat peluru’ ke bontot Adam untuk mengurangkan kepanasan…Alhamdulillah, reda seketika…malam itu Ummi kurang tidur..terlalu kerisauan tentang keadaan Adam. Dahi Adam dituam dengan tuala basah untuk mengurangkan kepanasan..Sapa tak risau dengan keadaan anak begitu..merengek2 minta dipangku. Tidur mahu dipangku..tidurlah Ummi secara duduk sehingga sakit pinggang..huhu..

Esoknya, bintik-bintik mula keluar..badan Adam semakin panas dan Adam kerap merengek-rengek minta belas ihsan Ummi…sedihnya tak dapat digambarkan..Abi pulang dari kerja dengan membawa daun semambu untuk dimandikan pada Adam. Abi google di internet mengenai petua mengubati demam campak menggunakan daun semambu yang diramas dengan air untuk dibuat mandian. Kami tambahkan sabun Eubos untuk memberi rasa wangi (formula bukan sabun) yang sesuai merawat chickenpox..Lepas mandi, kami sapukan losyen calamine pada ruam-ruam. Alhandulillah, kegatalan berkurangkan dan Adam lena seketika.

Kami ke klinik lagi untuk mendapatkan ubat merawat chickenpox…doktor kata kami terlewat untuk ke klinik kerana dalam masa 24jam masih awal untuk memberi ubat antiviral bagi mencegah rebakan chickenpox…owwhh…barulah kami tahu…dapatlah Adam ubat Demam, tahan gatal dan antibiotik. Pulang ke rumah, Adam gagal menelan ubat…bayangkan 5ml setiap ubat…habis muntah semua isi perut Adam makan ubat syrup yang menyengat hidung ini.

Langkah alternatif untuk mempercepatkan pengeluaran bintik-bintik, kami beri Adam air kelapa. Pada mulanya dia tak mahu..kami tambahkan air gula sedikit supaya sedap rasanya…barulah nak minum..alahai..

Dan pada waktu ini, Ummi secara rasminya bercuti selama 1 minggu tidak bergaji dek kerana Ummi masih tidak mempunyai annual leave sebab belum lagi confirm dengan kerja baru Ummi…3 bulan sepatutnya. Ummi bersyukur kerana mempunyai superior yang memahami keadaan Ummi – terpaksa menjaga Adam untuk mengelakkan rebakan di taska nanti..Tengoklah macamana, kalau minggu hadapan belum kering lagi kudisnya mungkin Abi dan makciknya pula akan ambil turn untuk bercuti pula…Ummi? Pasti boss mengamuk kalau Ummi tambah cuti lagi 1 minggu…ahaha!

 Wahai anakku, Adam Hariz…segeralah sembuh..Ummi mahu bawa Adam menikmati cuti-cuti dengan bermain playground. Sedihh…sebab terpaksa dikuarantin kerana masih sakit, kalau dibawa keluar tentu merebak pada orang lain..dahlah nak raya ni. Kesian anak kecilku, masih tidak tahu apa-apa sudah terkena chickenpox.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Next Page »