Bercuti tanpa gaji

Posted by qasidah | Dear Diary | Thursday 4 August 2011 10:28 am

Assalamualaikum readers,

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan ‘Salam Ramadhan’ buat semua umat Islam sedunia. Semoga amalan pada bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah dan memperolehi ganjaran olehnya..

Tahun ini tahun mengahadapi bulan Ramadhan paling mencabar dalam hidup saya…Dek kerana Adam mengalami Chickenpox/demam campak. Pada Jumaat lalu, memang saya ada membawanya ke Klinik Penawar dek kerana demamnya yang terlalu panas mencecah 40 darjah Celcius..pada ketika itu belum timbul lagi bintik-bintik berair gejala chickenpox..doktor cuma berikan ubat Batuk/Selesema, Antibiotik dan Demam…

Balik ke rumah saya berikan ubat…tidak kurang juga sakitnya bahkan makin panas. Hati mula risau, kami tekad memasukkan ‘ubat peluru’ ke bontot Adam untuk mengurangkan kepanasan…Alhamdulillah, reda seketika…malam itu Ummi kurang tidur..terlalu kerisauan tentang keadaan Adam. Dahi Adam dituam dengan tuala basah untuk mengurangkan kepanasan..Sapa tak risau dengan keadaan anak begitu..merengek2 minta dipangku. Tidur mahu dipangku..tidurlah Ummi secara duduk sehingga sakit pinggang..huhu..

Esoknya, bintik-bintik mula keluar..badan Adam semakin panas dan Adam kerap merengek-rengek minta belas ihsan Ummi…sedihnya tak dapat digambarkan..Abi pulang dari kerja dengan membawa daun semambu untuk dimandikan pada Adam. Abi google di internet mengenai petua mengubati demam campak menggunakan daun semambu yang diramas dengan air untuk dibuat mandian. Kami tambahkan sabun Eubos untuk memberi rasa wangi (formula bukan sabun) yang sesuai merawat chickenpox..Lepas mandi, kami sapukan losyen calamine pada ruam-ruam. Alhandulillah, kegatalan berkurangkan dan Adam lena seketika.

Kami ke klinik lagi untuk mendapatkan ubat merawat chickenpox…doktor kata kami terlewat untuk ke klinik kerana dalam masa 24jam masih awal untuk memberi ubat antiviral bagi mencegah rebakan chickenpox…owwhh…barulah kami tahu…dapatlah Adam ubat Demam, tahan gatal dan antibiotik. Pulang ke rumah, Adam gagal menelan ubat…bayangkan 5ml setiap ubat…habis muntah semua isi perut Adam makan ubat syrup yang menyengat hidung ini.

Langkah alternatif untuk mempercepatkan pengeluaran bintik-bintik, kami beri Adam air kelapa. Pada mulanya dia tak mahu..kami tambahkan air gula sedikit supaya sedap rasanya…barulah nak minum..alahai..

Dan pada waktu ini, Ummi secara rasminya bercuti selama 1 minggu tidak bergaji dek kerana Ummi masih tidak mempunyai annual leave sebab belum lagi confirm dengan kerja baru Ummi…3 bulan sepatutnya. Ummi bersyukur kerana mempunyai superior yang memahami keadaan Ummi – terpaksa menjaga Adam untuk mengelakkan rebakan di taska nanti..Tengoklah macamana, kalau minggu hadapan belum kering lagi kudisnya mungkin Abi dan makciknya pula akan ambil turn untuk bercuti pula…Ummi? Pasti boss mengamuk kalau Ummi tambah cuti lagi 1 minggu…ahaha!

 Wahai anakku, Adam Hariz…segeralah sembuh..Ummi mahu bawa Adam menikmati cuti-cuti dengan bermain playground. Sedihh…sebab terpaksa dikuarantin kerana masih sakit, kalau dibawa keluar tentu merebak pada orang lain..dahlah nak raya ni. Kesian anak kecilku, masih tidak tahu apa-apa sudah terkena chickenpox.

Busybody atau prihatin?

Posted by qasidah | Dear Diary | Sunday 24 July 2011 3:34 pm

Assalamualaikum readers,

Semenjak bekerja ni Ummi jarang jumpa jiran-jiran. Melepak main gelungsur kat taman pun bila weekend untuk memenuhi hati anakanda Ummi yang semakin suka gelungsur dan jongkang-jongkit..

Kekadang jumpa jiran tu bertegur sapa gak..

‘Tak kerja hari ni’….Dah weekend memanglah Ummi tak keja, Ummi pun bukan rajin OT weekend pun.

‘Bila Adam nak tambah adik..’ Uhuhu..ni soklan paling selalu ditanya…Kenapa ye ade keluar soalan2 gitu..rase malas nak jawab pun ada…Cuma berbasa-basi ‘Nantilah…tunggu Adam beso, leh jaga adik….!’

Dulu-dulu bila lambat kawin…orang kampung pun selalu tanya mak ‘Bila si XXX nak kawin…kawan-kawan dia semua dah kawin…’ Lagi best kalau dah lama pegang title Andartu…lagilah soalan pedih dan sakit telinga nak jawab…memang ramai CNN yang tak bertauliah kat mana-mana.

Bila dah tunang lak…’Bila langsung majlisnya..berapa ribu letak hargaa…’ Huhu…

Bila dah kawin lak..’Bila nak dapat anak…’ ‘Takde plan nak ada anak ke?….

Bila dah ada anak 1 pun tanya lagi…’Bila nak ada anak ke-2….’…Rasanya lepas nombor 2 orang dah tak tanya lagi kott…tak pernah pulak berpengalaman lagi…

Lagi best kalau berturut-turut anak lelaki..’Bila pulak nak dapat perempuan…’

Insyaallah semuaa…Itu semua urusan Allah…! Bersyukurlah…dah berdoa pada Allah..kepada mereka-mereka yang belum mempunyai zuriat..berdoa/mohon pada Allah sentiasa…jangan berputus asa.Rawatan tradisional pun boleh cuba…ada juga macam-macam cara in-vitro la, permanian beradas laa..yang penting kena cuba.

Insyaallah, mana tahu tup-tup Allah berikan kembar pula…tak ke double happiness tu…

Gunting rambut!

Posted by qasidah | Dear Diary | Sunday 24 July 2011 2:48 pm

Assalamualaikum readers,

Beza kalau ade anak lelaki atau perempuan?

Hehe…kalau perempuan tentu elok kalau simpan rambut panjang..atok pon tak komplen rambut cucu panjang..kalau perempuan rambut pendek sangat nanti bila dah besar tak suka rambut panjang mengurai…rimas la, gatal la eh..

Kalau anak lelaki pulak macamana? Takkan nak simpan panjang kot…Padahal Ummi memang suka nak bela rambut Adam panjang sikit. Nanti atok tanya ‘Adam tak gunting rambut? Xde duit ke nak gunting rambut..’ Ehehe…itulah ayat atok tiap kali tengok cucunya rambut terlebih panjang dari biasa..

Pagi tadi tengok Adam punya rambut dah macam serabut. Adam memanglah tak pandai nak cakap apa. Dia tahu nak guna sikat untuk diguna nak rambut..hehe! Memandangkan Abi ada training TTT 3 hari..tak mengapalah…Ummi bawa Adam jumpa barber…tempat yang sama Abi selalu bawa Adam…

He is so excited dibawa nak kereta…hehe..tak tau lagi mesti melalak nampak muka bayya yang gunting rambut nanti..Tungguu….susah nak carik kedai gunting rambut melayu, Abi pun selalu pegi kedai gunting India ni…masuk2 kedai jer..Adam dah start melalak…Huaa…huaa…Ummi terus letak Adam pada seat untuk gunting rambutnya..Adam menangis agak kuat…kemudian cool sikit sebab nampak muka dia dah ‘hensem’ dekat cermin kott…Penat jugak mengagah Adam dengan menahan badan dia dari bergerak-gerak…Alhamdulillah, lepas 5minit..setel…

SEBELUM

SELEPAS

Adam sudah kembali hensem…nanti taklah berpeluh-peluh sebab rambut panjang sangat…Gitulah kalau ada anak lelaki, kena tambah belanja untuk menggunting rambut bila rambut dah panjang…Kalau pompuan Ummi boleh potong sendiri…potong tegak jer…Ehehe! Balik siap mandi – minum susu – Tertido dengan lenaaa…Fuhhh…tamatlah misi Ummi hari ini.

Kewangan dan kerjaya

Posted by qasidah | Dear Diary | Saturday 2 July 2011 11:28 am

Assalamualaikum readers,

Bekerjaya atau berkerjaya di rumah? Mana satu pilihan anda.. Kalau diberi pilihan semua orang mahu punya wang tanpa bekerja. Mana ada macamtu kan? Rasanya semua orang akan selalu berangan-angan menjadi kaya dan banyak wang. Tapi semua tu seharusnya dengan usaha dan ikhtiar..bukan ikhtiar menipu orang lain!

Bagi saya, kalau diberi peluang dan kebebasan hidup tentunya memilih untuk berkerjaya di rumah…sambil melihat sendiri anak-anak membesar depan mata, menyediakan juadah pagi, petang, malam…menyusun masa mengikut keperluan sendiri…’Kalaulah….’ Saya masih mengharapkan suaatu masa nanti saya ada bisnes dan kebebasan kewangan yang maksimum….

Kini, kerjaya saya juga menuntut komitmen 100%…kadangkala, saya merasakan terlalu jauh dengan anak..kekurangan masa untuk bermain dan memahami kehendaknya(kerana belum pandai meluahhkan kata-kata juga). Kadangkala rasa bersalah yang menebal juga jika pulang lewat dari tempat kerja dan anak merengek-rengek minta di manja.. :(

Bekerjaya? tidak kiralah level eksekutif atau pekerja biasa…Jika difikirkan, mana ada orang bekerja bukan untuk WANG. Masakini, wang adalah raja segala-galanya..kebanyakan teman-teman mengatakan tidak cukup wang jika hanya suami yang bekerja…Betullah…semua barang dah naik harga…walaupun tanpa kita sedari. Kos sara hidup yang tinggi tapi kebanyakannya gaji pun naik seciput jerr…Begitulah realiti bekerja dengan orang lain. Walaupun ada orang kata wang bukan segala-galanya..

Kenapa barang nak naik harga tanpa disedari? Baru-baru ni…saya membeli shower cream Johnson & Johnson…setiap bulan memang saya beli twin set untuk Adam danAbi pun suka guna!..RM18 selalunya…hmm..saya pun grab 1…beli dan bayar sebab rasanya harga seperti biasa. Balik rumah saya compare dengan yang lama..Eh..kandungan dah kurang, dulu 800ml sekarang dah 750ml pada harga RM18…hoho!

Ade lagi…roti Gardenia pun dah naik harga…Selalunya RM2.10 untuk paket biasa…sekarang dah RM2.40….beza sebanyak 30sen…banyak tuu. Nantilah, next time Ummi blajar buat roti dan beli bread maker macam Along!

 Kadangkala, pernah juga terfikir…setiap orang adakala terpaksa bekerja dek kerana tuntutan hidup… Berapa ramai orang yang bekerja dan tidak sukakan kerja mereka? dan berapa ramai yang terlalu sukakan pekerjaannya? Orang yang terlalu sukakan kerjanya adalah orang yang melakukan apa yang dia minat dan pakar untuk lakukannya. Oleh kerana itu, dia akan sentiasa positif dan gemar akan apa yang dilakukannya setiap hari..No stress and pressure!

Mari kita fikir-fikirkan…apa yang anda minat, pakar dan bercita-cita melakukannya sebagai bisnes..

Diriku, Selamat Hari Lahir…

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 31 May 2011 10:53 pm

Assalamualaikum readers,

Artikel ini ditulis sebelum 1/6/2011…iaitu satu tarikh keramat. Harijadi saya yang ke 3 series..
Pejam celik pejam celik tak samgka pula dah menjengah ke 3 series…rasa macam masa berlalu begitu pantas.
1 jun mengingatkan saya kepada Hari TUDM juga. Pada tahun ini, TUDM menyambut ulangtahun yang ke-53. Dulu pernah juga bercita-cita nak jadi anggota TUDM..dek kerana tarikh lahir sama…haha! Lawak kan…

Akhirnya cita-cita tak tercapai…jadilah manusia yang lain yang berkarier selain bidang polis/tentera. Sambutan harijadi yang tak jatuh pada hari tidak bekerja ni sememangnya jarang saya sambut, memandangkan usia yang kian meningkat…diharapkan tahun ini akan berusaha meningkatkan amal ibadah dan bersedekah kepada yang memerlukan. Insyaallah, rezeki kalau dikongsi akan berkat sehingga ke akhirnya. Menjelang 3 series ini tiada apa yang diharapkan, sekadar kesihatan dan keberkatan hidup disamping anak dan insan-insan tersayang yang mendorong kehidupan ini.

Buat mak, terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan saya seadanya. Oh ya..saya juga telah melalui jerih perit seorang ibu melahirkan dan membesarkan anak. Insyaallah, mak akan sentiasa di hati walaupun usiaku sudah 3 series…

Buat suamiku yang kini outstation, Ummi sedih juga Abi tiada disisi Ummi dek kerana tuntutan tugas. Kena pula tarikh kursus Abi dengan harijadi Ummi, nak buat macamana…nanti celebrate dengan Adam ajelah nampaknya. So, no cake and no party…nanti bila semua orang dah pulang…lets celebrate…!

Sessi Menjaga Adam

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 31 May 2011 10:40 pm

Assalamualaikum readers,

Hari ini aku bercuti sebab Adam demam. Dah beberapa hari badannya panas pada waktu malam, siang pulak ceria gembira nak ke taska…2 hari lepas aku terpaksa hantar Adam ke taska juga dek kerana kena hantar training FMEA selama 2 hari. Nanti kalau aku tak attend apa pulak kata bos. Menadah telinga dengar training…so far ok juga sebab banyak ilmu yang sepatutnya dipraktikkan dalam manufacturing. Kena ingat dan faham konsep barulah excellent FMEA…instructor Mr. Voon pun friendly….actually title dia sebelum jadi trainer ialah Operation Manager kat salah satu top manufacturing company. Kerja kalau makin tinggi pangkat kat swasta ni makin stress…sebab kena marah orang untuk mengelakkan diri kena marah dengan orang atasan lagi dan customer..gaji OM tentulah banyak..memadai untuk hidup senang…tapi itulah kan, rezeki masing-masing…jika berani berusaha tentu hasilnya lebih lagi..

Memandangkan dia dah bukak company training sendiri…hidupnya lebih teratur, gembira sebab tak ada orang marah, malahan memberi ceramah kat orang membuatkan dirinya lebih muda dan ceria. Katanya tak sama macam bekerja dengan orang dulu..kena standby kalau orang telefon…komplen pasal subordinates…pasal shipments, pasal production bla..bla..bla…  

Banyak juga dia ingatkan aku…suruh cari pengalaman bekerja supaya lebih jadi berilmu..petang tu, sebelum habis training dapat call dari nurseri. Adam punya badan agak panas. Diaorg nak kasi ubat demam taska. Aku berkeras tak beri…suruh diaorang mandikan Adam lebih kerap supaya tak overheated. Risau jugak, hantar nurseri ni risikonya tinggi kalau ada budak demam memang Adam pun berjangkit sama..Almaklumlah, antibodi dia kureng sikit. Aku dah berusaha memberi scott emulsion setiap hari. Memang mudah dia berjangkit.

Kami juga telah merujuk ke klinik dan bercadang memberikan dos tambahan vaksin Pneumococol pada Adam untuk memberi ketahanan terhada penyakit. Vaksin ni kena order, untuk umur Adam ni kena ambil 2 dos. 1 dos bersamaan rm240…hoho! Insyaallah, kami akan lakukan apa sahaja untuk kesihatan anak. Sekarang ni macam2 penyakit boleh muncul dalam sekelip mata…

Seperti biasa, ubat yang Adam dapat setiap kali ke klinik – Antibiotik, Demam, Batuk dan Selesema..complete set yang perlu diberi. LAtely, agak sukar nak beri makan ubat sebab dia dah bijak menilai mana satu ubat dan air. Scoot Emulsion pun disangka ubat…huhu. Adam sekarang dalam tempoh penyembuhan…semoga anak kami ceria semula.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG

Posted by qasidah | Dear Diary | Friday 27 May 2011 6:01 pm

Assalamualaikum readers,

Berkongsi petikan dari note FB seorang teman,

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.   Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..pe…nat sangat tuh”.   Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.   Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.   Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”…lalu suami berkata…..”nak demam kot”.   Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.   Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.   Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..   Namun suatu hari….   Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.   Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.   Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..   Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….   SAYANG….abang mintak maaf….   Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….   Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….   Bila  SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….   Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….   Bila SAYANG  ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..   Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..   Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….   SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..   Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….   Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….   Kiasatina 11 may 2011
 
Aku pernah merasakan kepenatan menjadi seorang surirumah dan menjaga seorang anak. Bayangkan pula macamana surirumah yang punya ramai anak dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, suami, anak-anak dan terpaksa mengabaikan kepentingkan kesihatan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan orang lain.
 
Aku tidak pula menyalahkan sang suami jika memerlukan perhatian dari isteri setelah sibuk bekerja. Mungkin kepenatan yang dirasai berbeza sebab itu memerlukan belaian sang isteri. Masalah kewangan memang menjadi penyebab utama kita mengabaikan kesihatan. Yelah, nak tunggu klinik/hospital kerajaan memang lebih murah..beratur panjang dan memakan masa. Pergi ke swasta paling kurang kena ada 5k dalam simpanan mana tahu sesuatu terjadi….rasanya setiap keluarga perlu melanggan insurans untuk ’secure’ kesihatan. Duit memang boleh dicari…tapi kalau tak sihat macamana nak cari duit?? 

Selamat Hari Guru & Hari Wesak

Posted by qasidah | Dear Diary | Tuesday 17 May 2011 10:09 pm

Assalamualaikum readers,

Lama sudah tak ke udara..dek kerana terbatasnya hidup sejak kebelakangan ini.
Insyaallah saya akan berusaha untuk menulis dengan lebih kerap jika diizinkan.
Di kesempatan ini teringin juga nak ucapkan selamat hari guru buat guru-guru yang pernah mengajar saya sepanjang persekolahan saya…Tadika Kemas Bukit Rahmat, SK Bukit Rahmat, Sekolah Agama Bukit Rahmat, Sekolah Agama Sri Binjai (darjah khas) dan SMK Tongkang Pecah (form1-5).
Tidak lupa juga untuk pensyarah2 FSKSM UTM dan penyelia projek akhir saya, Prof. Dr Safaai Deris.
Jasa bakti kamu semua tidak terbalas sehingga ke akhir hayat…

Dulu-dulu, masa zaman sekolah…hari guru ni tidaklah istimewa sangat…kini, siap masuk TV..ada ucapan PM lagi…kiranya profession perguruan telah dinaik taraf dan dihargai semua masyarakat Malaysia. Tanpa guru tiadalah manusia2 hebat yang tersohor pada masa kini….

Zaman persekolahan dahulu, kami tidak mampu menyediakan hadiah buat guru…kini, rasanya setiap kali hari guru anak-anak diwajibkan membawa hadiah buat guru (uhh…kalau ada yang degil bawa hadiah katak macamana yaa..?) Ahahaa…pada saya..hadiah itu bukan perkara penting, yang penting keikhlasan seorang guru itu mengajar dan mendidik anak bangsa tidak perlulah dibalas dengan hadiah. Cukuplah menghadiahkan kecemerlangan dalam pelajaran..Insyaallah, Usaha yang berterusan akan membuahkan hasil. Semua orang adalah bijak kerana setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Selamat Hari Guru dan Selamat bercuti Hari Wesak buat 1 Malaysia!

Bersyukurlah

Posted by qasidah | Dear Diary | Friday 13 May 2011 10:59 pm

Assalamualaikum readers,

Maaf, kesibukan membatasi keadaan…aku benci keadaan ini.

Pernahkah anda terfikir betapa tidak bersyukurnya kita…

Kadangkala, tidak ada pekerjaan membuatkan kita bosan dan jemu…
Sudah ada pekerjaan kita merungut kerana kesibukan…
Hilang pekerjaan hati jadi susah hati…
Hidup tanpa wang dunia macam sepi….
Sedarkah betapa tidak bersyukurnya pada kurniaan Allah…
Aku tidak mahu kesibukan membataskan waktu..aku mahukan kehidupan yang seimbang duniawi dan ukhrawi…aku mahu kehidupan membesarkan anak-anak dengan tanganku sendiri..aku perlukan ruang untuk memberi kasih sayang yang setimpal pada anakku…aku tidak mahu dia kecewa kerana aku alpa dengan kehidupan..aku mahu punya impian yang menggunung, punya pekerjaan dan kehidupan yang bahagia..
Sukar sangatkah membahagikan masa? Aku?? Masih belajar menguruskan masa dengan istiqamah dalam ruang lingkup kehidupan yang lebih selesa… Insyaallah!

Sukarnya menjadi orang dewasa… :)

Selamat Hari Ibu..

Posted by qasidah | Dear Diary | Sunday 8 May 2011 7:25 pm

Assalamualaikum…

Dear Mak,

Selamat Hari Ibu untuk mak saya, Hajah Arpiah Sairi..walaupun adanya Hari Ibu tak bermakna anakmu ini lupa pada mak. Setiap saat dan setiap detik selalu mengingati mak. Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mak senantiasa. Terima kasih kerana mengasuh dan membesarkan anakmu ini dari kecil hingga dewasa. Segala susah payah,jerih dan pengorbananmu tidak mungkin terbalas sehingga hujung nyawa kami. Doakan kejayaan dan kebahagiaan anakmu ini. Terima kasih mak…insan yang tiada tandingannya didunia ini. Sayang mak selamanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
« Previous PageNext Page »