Kesan komputer kepada perkembangan anak

Posted by qasidah | Educations | Thursday 3 March 2011 12:01 pm

Assalamualaikum readers,

Pernah tak anak anda menganggu anda ketika sedang menaip di laptop/komputer?
Pernahkah ketika anda khusyuk menghadap komputer anak anda duduk bersama di riba dan memerhatikan apa yang anda lakukan? Secara logiknya, bayi anda sangat berminat dengan apa yang anda lakukan seperti menaip menggunakan keyboard atau sedang mencatat resepi pun…

Ada kalanya sebagai ibubapa kita tidak menggalakkan anak bermain komputer atau meneroka alam siber kerana dikhuatiri memberi pengaruh negatif kepada perkembangan minda anak. Menurut pembacaan saya…ada ibubapa yang mengatakan anak mereka terlalu kecil untuk menggunakan komputer.

Kajian menunjukkan kadar pembelajaran kanak-kanak adalah paling cepat pada usia satu hingga enam tahun. Pada usia ini, mereka menyerap kebanyakan daripada apa yang mereka lihat atau belajar. Namun, kebanyakan kajian juga mengesyorkan bahawa umur tiga hingga empat tahun merupakan usia terbaik untuk mengajar si manja menggunakan komputer. Mereka telahpun membentuk pemikiran logikal dan tahap kebijaksanaan tertentu pada usia ini. (more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...