Just sharing…

Posted by qasidah | Love your life | Saturday 28 January 2012 5:32 pm

Assalamualaikum readers,

Sekadar berkongsi rasa…keratan akhbar mengenai minuman 3-in-1…
Hehe…saya mengaku kami selalu beli Milo 3-in-1…huhu…

22 April 2011 – Selamat Hari Bumi Sedunia

Posted by qasidah | Love your life | Friday 22 April 2011 12:41 pm

Assalamualaikum readers,

Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April. - Wikipedia

Flashback…

Dahulu masa zaman kanak-kanak, setiap orang pastinya diajar membuang sampah ke dalam tong sampah semasa di sekolah. Amalan yang secara terasnya cuma diamalkan di sekolah, di luar sekolah bagaimana pula? di rumah tidak kurang juga…Amalan dan sikap masyarakat kita ada pasang surutnya. Disiplin cuma di sekolah, di hadapan guru-guru dan jadi sebaliknya apabila berada di luar…

Sukarkah menerapkan sikap membuang sampah dengan teratur?
Adakah kerajaan sebenarnya mengambil keputusan yang wajar dengan memperkenalkan tong sampah kitar semula?

(more…)

Obesiti yang melampau

Posted by qasidah | Information,Love your life | Monday 18 April 2011 5:50 pm

Assalamualaikum readers,

Tertarik dengan berita semalam mengenai indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Kebanyakannya menyalahkan ibu bapa kerana tidak mengawal pemakanan anak-anak disebabkan tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.

Fakta dari Kementerian Kesihatan pula mendapati:

  1. Malaysia berada pada kedudukan ke-6 di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa dengan kadar obesiti yang tinggi
  2. Kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti
  3. Diabetes yang kini menduduki tangga teratas dalam 10 senarai penyebab utama kemasukan dan juga kematian di hospital kerajaan
  4. Dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes dan 4.8 juta menghidap darah tinggi
  5. Kurang bersenam, terdedah kepada makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktor penyumbang kepada diabetis

Pada pandangan saya, ibu bapa perlu mengawal permakanan anak-anak sesuai dengan piramid makanan. Kanak-kanak masih boleh mengikut pandangan ibubapa jika diajar cara permakanan yang betul. Saranan saya untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah :

  1. Sediakan sarapan pagi yang berkhasiat untuk mereka seperti – roti bakar, telur setengah masak, roti gandum dan kurangkan nasi lemak untuk sarapan pagi
  2. Ajak anak-anak berpuasa mengikut kemampuan mereka – seperti sebulan sekali, seminggu sekali untuk merehatkan perut dan mendidik mereka menahan lapar.
  3. Didik mereka supaya tidak memakan makanan ringan dan gula-gula dengan menerangkan sebab mengapa mereka tidak perlu makanan berkenaan.
  4. Ajak anak-anak bersenam untuk menjaga kesihatan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Obesiti yang berlaku di Malaysia menandakan rakyat Malaysia suka makan dan membazir makanan. Makan secara tidak terkawal dan berjadual mendorong seseorang makan apa sahaja tanpa memikirkan kesan dan bebanan pada diri mereka. Wujudnya lebih banyak restoran makanan segera seperti McDonald, KFC, PizzaHut yang rancak berkembang juga salah satu penyebab tabiat makan rakyat Malaysia mula berubah. Kalau tidak mana mungkin kesemua restoran ini berlumba-lumba melakukan promosi ‘value lunch’ sekiranya tidak mendapat sambutan ramai.

Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisi yang beraneka rasa dan lazat. Kebanyakan makanan Melayu misalnya menggunakan kelapa untuk menambahkan kelazatan. Apapun, tepuk dada tanya selera…Tiada siapa yang tidak mahu ukuran badan yang cantik dan kesihatan yang baik, bahkan jika mampu mengawal permakanan dengan lebih baik ia adalah bonus untuk anda!

Qasidah : Sukar juga menghapuskan lemak-lemak tepu di bahagian peha.. :p

Foods and fruits as medicine

Posted by qasidah | Information,Love your life | Friday 25 March 2011 11:43 am

Assalamualaikum readers,

Sedikit info mengenai makanan dan buah-buahan untuk kesihatan anda…

HEADACHE? EAT FISH!
Eat plenty of fish — fish oil helps prevent headaches.
So does ginger, which reduces inflammation and pain.

HAVE FEVER? EAT YOGURT!
Eat lots of yogurt before pollen season.
Also-eat honey from your area (local region) daily.
 
TO PREVENT STROKE DRINK TEA!
Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading….Green tea is great for our immune system)!
 
INSOMNIA (CAN’T SLEEP?) HONEY!
Use honey as a tranquilizer and sedative.

ASTHMA? EAT ONIONS!!!!
Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).

ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!!
Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune system) (more…)

Rawatan kanser payudara secara Islam

Posted by qasidah | Love your life | Tuesday 22 February 2011 4:23 pm

Assalamualaikum wbt…

Last week saya ada menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O siaran Jumaat…
Segmen yang agak menarik pasal kanser payudara..ada satu testimoni ni…dia dah sampai kanser tahap 4…dah kira merebak banyak kawasan…dah buat kimoterapi dan radioterapi…alhamdullilah sihat…
Kemudian, buat rawatan susulan ada lagi kanser tu…makcik ni dah tak mau buat kimo dan radio lagi..
tah macamana lemahnya kalau buat kimo tu yer??

Last-last dia berubat secara Islam kat Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, berasaskan al-Quran..
ustaz tu beri dia surah-surah yang perlu diamalkan setiap kali selepas solat..
saya nak kongsikan surah-surah yang dapat saya salin untuk tatapan bersama…
tapi menurut ustaz (ustaz Lokman namanya…) ayat-ayat yang kita baca bergantung pada tahap keseriusan penyakit..bukan semua ayat bersesuaian dengan tiap-tiap orang…so, kena datang ke pusat rawatan untuk discan terlebih dahulu baru ayat-ayat boleh diamalkan…

Ini surah-surahnya :

  1. Surah al-A’raf (ayat 70-81)
  2. Surah al-Anbiya (ayat 38-50)
  3. Surah ar-Rad (ayat 16-28)
  4. Surah az-Zukhruf (ayat 52-70)
  5. Surah Ghotir (ayat 67-77)
  6. Surah Hud (ayat 60-80)
  7. Surah Yunus (ayat 71-80)

Untuk detail pasal rawatan sila email : lokman.alhidayah@gmail.com

Ataupun telefon : 03-6186 7368 / 019-3159277

Sesungguhnya, segala penyakit itu datang dari Allah untuk menguji kesabaran ummatnya..makcik yank buat rawatan ni pun belum pulih sepenuhnya tapi lebih tenang dan gembira selepas amalkan rawatan ni..

p.s : iklan ini untuk manfaat bersama…Insyaallah

Diet zaman batu

Posted by qasidah | Love your life | Friday 18 February 2011 5:13 pm

Petikan dari Utusan Malaysia Online untuk tatapan bersama…

SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.

Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.

Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.

Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

 
(more…)

Ceritera Lampu Merah

Posted by qasidah | Dear Diary,Love your life | Thursday 10 February 2011 11:44 am

Assalamualaikum wbt…

Semalam memang dah rancang nak cari barang dapur kat Smart Pandan. Dek kerana cuti Raya Cina, kebanyakan kedai tutup( kenapa kedai tutup? sebab tak ramai orang Melayu yang ada bisnes jualan barang-barang runcit). Dah 2 hari makan berlauk sardin tin dan ayam goreng pek segera…Huhu…”kami dah tak tahan lagi!’…nanti habis tulang-temulang reput macam sardin..

Usai Adam bangun tido pagi (dia selalu tido dalam 1 jam sebelum segar semula)…saya drive kereta dan letak Adam di baby seat. He look excited sebab nak berjalan-jalan..hehe..melalui Taman Daya, hati mula rasa tak sedap..

“Nak belok masuk lalu kedai-kedai ke lalu jalan besar? Trafik macam lemau je….”

(more…)

Alternatif rawatan kanser serviks

Posted by qasidah | Love your life | Friday 28 January 2011 1:38 pm

Keratan Akhbar yang ingin dikongsi pada hari ini..
(Sumber : Berita Harian)

SUDAH banyak diperkatakan mengenai barah serviks atau pangkal rahim atau kanser yang menyerang bahagian reproduktif wanita.

Malah, menyebutnya saja pasti menimbulkan rasa gerun apalagi kedudukannya sebagai pembunuh wanita kedua tertinggi di negara ini selepas barah payu dara. Tidak hairanlah, dari semasa ke semasa, beberapa kempen kesedaran dianjurkan kerajaan mahu pun swasta dalam usaha memastikan lebih ramai peka atau prihatin dengan penyakit ini. Namun, selain aspek perubatan, penyelidik juga giat mencari kaedah atau penemuan yang boleh dijadikan alternatif bagi merawat penyakit ini. Terbaru, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan semula jadi khusus bagi merawat dan kanser serviks pada peringkat awal lagi.
Kajian enam tahun sejak 2002 berasaskan herba tempatan atau lebih dikenali sebagai daun lempoyang itu akhirnya membuahkan penemuan yang mengagumkan ramai pihak, termasuk di peringkat antarabangsa.

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...