Aktiviti hari minggu
Assalamualaikum readers,
Semalam kami ke taman seperti biasa.
Boleh dikatakan setiap hari minggu kami ke taman dengan berjalan kaki.
Satu senaman ringkas sambil mendukung Adam Hariz hingga ke taman (boleh tahan semput juga nak sampai ke taman…jarak 200 meter dari rumah ) dengan melalui stesen Petronas dan jalanraya yang banyak kenderaan! Cuaca petang amat baik dan menenangkan…kalau hujan takdelah aktiviti ni..
Hari minggu memang ramai orang kat taman especially playground…rasa macam suasana 1Malaysia juga. Sebab kanak-kanak main tak kira warna kulit pun…itulah playground yang ada untuk dikongsi bersama!
kalau hari-hari biasa taklah begitu pack…jalan2 pun lebih lengang..
Semalam Adam sibuk ‘mengusha’ basikal seorang kanak-kanak lain…
Basikal roda tiga tu…sebenarnya bukan apa…dia berkenan nak pusing roda aje..
Naik basikal tak berani pula…cukupla menyorong basikal aje..sambil menekan-nekan hon…





