Telur ayam tiruan di Pasar Pulau Tikus

Posted by qasidah | Information | Thursday 7 April 2011 9:23 pm

Assalamualaikum readers,

Pertama kali mendengar berita mengenai telur tiruan dijual…

Menurut berita, Sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini merampas 270 biji telur ayam di tiga gerai di Pasar Awam Pulau Tikus.

Fakta mengenai telur ayam tiruan tersebut:

  1. Telur ayam yang dirampas itu dijual dengan harga 35 sen hingga 38 sen sebiji di pasaran tempatan.
  2. Telur tiruan itu dikatakan mempunyai saiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
  3. Siasatan yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Bahaya juga sekarang ni, macam-macam barang tiruan…sumber makanan pun tiruan juga. Macamana barang makanan macamni boleh diimport dari China? Semalam baru beli telur ayam 10 biji..risau juga tiruan atau ori. :(   Tahniah kepada pengguna yang buat aduan, kalau saya…mesti ingat telur tu dah rosak.

Berhati-hatilah semua…

UITM manfaat air hujan di tandas

Posted by qasidah | Information | Thursday 7 April 2011 11:38 am

Assalamualaikum readers,

Petikan dari Berita Harian, salah satu alternatif untuk menjimatkan air…bukan sepatutnya semua bangunan2 mempunyai tangki tadahan air hujan ke?

KUALA SELANGOR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menjadi universiti pertama di negara ini menggunakan air tadahan hujan yang sudah dirawat bagi kegunaan tandas di semua kampusnya. Bagi tujuan itu, UiTM bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di kampus UiTM Puncak Alam di sini, semalam. Naib Canselor UiTM, Datuk Sahol Hamid Abu Bakar, berkata UiTM dan JPS akan menggunakan kepakaran masing-masing untuk menghasilkan hasil buangan dan semula jadi kepada sumber yang boleh digunakan.

“Antara yang sedang diberikan tumpuan ialah penggunaan air hujan yang sudah dirawat untuk kegunaan tandas di seluruh kampus UiTM dalam masa antara dua hingga tiga tahun lagi,” katanya dalam sidang media selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini.

Sahol berkata, kajian mengenainya sedang dijalankan di kampus UiTM Puncak Alam di sini, yang mempunyai 30,000 pelajar sebelum ia diperluaskan untuk kegunaan semua kampus UiTM di seluruh negara.

“Satu saluran khas dipasang pada semua saliran air hujan yang akan ditakung dalam sebuah tangki khas sebelum dirawat secara usaha sama antara UiTM dan JPS,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, UiTM turut menjalankan kajian untuk merawat sisa makanan sebelum ditukar kepada baja tanaman.

“Selain itu, UiTM kampus Perlis ketika ini menggunakan sumber air bawah tanah yang digali untuk minuman,” katanya.

Berhati-hati dengan Panadol

Posted by qasidah | Information | Tuesday 5 April 2011 11:55 am

Assalamualaikum readers..

Petikan dari notes FB kawan-kawan yang ingin dikongsikan hari ini. Kebenarannya walluhualam…saya pun bukan doktor..hanya menyampaikan pada yang sudi… 

SEBUAH KISAH BENAR….

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

 Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa? ini ke dalam mulut anda….

April Fool : Tiada yang perlu dibanggakan

Posted by qasidah | Information | Friday 1 April 2011 1:17 pm

Assalamualaikum readers,

Gambar illustrasi Google

Selamat tiba ke 1 April 2011..
ada sesetengah orang menyebutnya sebagai ‘April Fool’
Sejujurnya saya tak tahu pun maksud sebenar sambutan April Fool..
Selalunya pada hari ini dikatakan sebagai hari mengenakan, menipu atau memperbodohkan orang lain dengan tujuan suka-suka. Dulu-dulu masa sekolah ada juga kawan-kawan buat dajal dengan menipu kelas batallah, lecturer cutilah…tapi saya tak pernah percaya selagi tak tengok sendiri.

Ada juga cerita kawan-kawan mengenakan rakan sebilik dengan meletakkan sebaldi air diikat di atas pintu ketika rakannya hendak masuk ke dalam bilik..kalau kawan tu tak mudah ambil hati tak mengapalah…kalau yang cepat meradang mau tido kat luar bilik la member yang buat dajal tuu…tidak ada sesiapa suka diperbodohkan@ dimalukan…Cuba fikirkan pula jika diri sendiri yang diperbodohkan oleh orang lain..Marahkah atau gembirakah?

Sesungguhnya, jangan begitu mudah mencedok semua idea dari Barat…tak semua perkara baik untuk diamalkan. Seperti hari April Fool ini..biarlah ia berlalu begitu sahaja..secara logiknya, tak perlu ada sambutan kerana ia tidak rasional untuk dibanggakan.

Wajarkah tarian poco-poco diharamkan?

Posted by qasidah | Information | Thursday 31 March 2011 2:40 pm

Assalamulaikum readers,

Beberapa hari yang lepas sibuk diperkatakan tentang tarian/senaman poco-poco yang digunakan dalam senam seni Malaysia dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1432H kali 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan  di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan..

Mengenai tarian poco-poco:

 “Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya yang membentuk salib.Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu, cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.”

 Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Beliau berkata selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Qasidah : Macamana pula dengan tai-chi, taekwando etc…? Takkan nak diharamkan juga? Itu bukan budaya Islam..”Tepuk dada tanya selera…”

42 billion harta pusaka dibeku

Posted by qasidah | Information | Thursday 31 March 2011 1:31 pm

Assalamualaikum readers,

RM42billion harta dibeku!..Nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion..Banyak tuu…

Berdasarkan petikan berita Utusan hari ini, Amanah Raya Berhad(ARB) mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian. Bagi membudayakan penulisan wasiat di kalangan masyarakat, ARB dengan kerjasama syarikat pengurusan harta pusaka Islam, Warisan Mukmin Sdn. Bhd. melancarkan kempen Tahun Menulis Wasiat 2011.

Saya juga pernah mendengar cerita seorang teman yang kehilangan bapa tiri (ibunya berkahwin dengan bapa baru). Bapa tirinya mempunyai banyak syer dan harta yang tidak diketahui olehnya dan ibunya. Malangnya ketika bapa tirinya meninggal dunia kesemua harta2 direbut oleh adik beradik bapanya. Oleh kerana tidak menulis sebarang wasiat untuk waris yang ditinggalkan (kerana menjangkakan umur masih panjang). Isterinya juga tidak mahu merebut harta2 tersebut kerana terpaksa turun naik mahkamah..mereka beralah dan hanya mengambil wang tunai dalam akaun suaminya..(Kalau nak tau..boleh kata semua bank-bank kat Malaysia ni dia ada sejumlah wang yang banyak di dalamnya). Cukuplah untuk kehidupan mereka dua beranak dan si ibu juga mempunyai pencen. (more…)

KardioMate sebagai pengganti garam

Posted by qasidah | Information | Wednesday 30 March 2011 11:31 am

Assalamualaikum readers,

Tahniah kepada penyelidik UPM untuk satu lagi sumbangan…semoga harga garam yang dipasarkan nanti tidaklah terlalu mahal. Kalau garam sekarang sepeket 60sen kelak garam KardioMate ni berapa harganya?

Menerusi penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.

Dinamakan KardioMate, produk yang dihasilkan daripada tumbuhan laut dan darat itu mempunyai ciri-ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium dan kalsium.

Salah seorang penyelidik, Prof Dr. Suhaila Mohamed berkata, KardioMate sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, terutama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser dan kolestrol tinggi.

“Produk ini membantu mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu pengurusan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah serta melawan kerosakan mengunkai (degenerative) yang terbukti kesannya melalui kajian terhadap haiwan.

“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – Bernama

Maybank2u VS CIMBClicks online banking

Posted by qasidah | Information | Wednesday 30 March 2011 10:51 am

Assalamualaikum readers,

Akhir bulan…$$$…rutin biasa sebagai akauntan rumah yang tidak bertauliah..
Membayar hutang piutang yang berkaitan – bil berukband, insurans, MBJB, api & air, hire purchase, loan… :)
Eiii…manyaknyee fuluss keluarr…(itulah…akaun kaya sekejap jer…lenyap dek hutang2..)

Lately bertukar ke CIMB dari menggunakan online banking Maybank…
Sebab company baru Abi menggunakan CIMB…alahai lembab giler transaksi CIMB (dek kerana kami telah biasa menggunakan perkhidmatan Maybank2u yang lebih efisyen)…sehingga menyebabkan kami membuat cash deposit ke Maybank semula…ahakss…dapat bayangkan tak beza online banking CIMB dan Maybank. CIMB mengambil masa lebih dari 2 hari untuk transfer dari CIMB ke CIMB akaun…
Maybank pula ambil masa beberapa minit sahaja dari Maybank ke Maybank akaun…
Excellent to Maybank…sistem pun user friendly berbanding CIMB…system developer dia kena blajar dari sistem Maybank…keluarkan aktiviti2 mengarut yang melembabkan proses tak kiralah masa-masa peak atau pertengahan bulan pun..huhu! Saya rasa CIMB perlu kurangkan grafik yang membuat interfacenya terlalu lambat untuk loading..kekalkan apa yang perlu sahaja.

:: Macamana ya nak bagi statement ini dibaca oleh CIMB in-charge person? :) ::

Kaedah percussion untuk mengeluarkan kahak

Posted by qasidah | Information | Monday 28 March 2011 12:41 pm

Assalamualaikum readers,

Adam masih batuk walaupun selesema sudah berkurangan (sapu kunyit hidup pada batang hidung..hingga hidung Adam jadi kuning daaa) …batuknya macam seksa jer..
Saya dah cuba beberapa petua yang disarankan di internet tapi masih tak berjaya..
Ubat batuk yang dimakan setiap hari pun tak membantu..buat mengantuk adalah..

Semalam tergoogle artikel di Utusan mengenai kaedah percussion oleh Siti Farah (pakar fisioterapi) untuk mengeluarkan kahak kerana bayi tidak pandai menghembus hingus dan membuang kahak :

“Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

“Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

“Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,” jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Ohhoo…mahu cuba kaedah percussion pula selepas ini…boleh berjaya ke step ni, kalau tak mau keluar kahak juga macamana? :( Kesian anakku..

Pertandingan Akhir Realiti Akademi Al-Quran 5

Posted by qasidah | Information | Monday 28 March 2011 11:03 am

Assalamualaikum readers,

Pada hari Sabtu iaitu 26 March, kami berjaya meng’Earth Hour’kan diri…
Tutup lampu lebih kurang 2 jam…sehingga Abi meng’Earth Hour’kan matanya juga :)
Adam juga tidak kekok berada dalam gelap (adakah boleh bawa Adam tengok wayang lepas ni Abi..?)

Cuma tutup lampu yer..TV, peti sejuk dan kipas masih berfungsi seperti biasa..
Dunia tidak ceria tanpa televisyen…haha..Sempat juga menonton Pertandingan Akhir program Realiti Akademi Al-Quran 5 yang bersiaran di TV9 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC).

Mohd Shahrianshah Apin, 25, muncul juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim kelima dan membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, Al-Quran bertinta emas berharga RM35,000 sumbangan Yayasan Restu, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej haji oleh Gemilang Travel Sdn Bhd, pakej umrah oleh Al-Fajr Travel & Tours Sdn Bhd dan lawatan VIP ke Syria oleh Hiraq Marketing. Beliau juga turut menerima Songket oleh Wan Manang, barangan perabut jati bernilai RM20,000 dari Jatimas dan trofi tajaan TH Global. (Banyak kan hadiahnya…)

Sementara itu, tiga peserta lain, Mohamad Husaini Makmur, 19, Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21, dan Suhailah Zulkifly, 22, masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM2,000, pengajian ke University Al-Madinah dan pakej haji sumbangan Gemilang Travel Sdn Bhd.

Ketiga-tiga peserta tersebut turut menerima hadiah pakej umrah sumbangan Al-Fajr Travel & Tours Sdn Bhd, songket daripada Wan Manang dan trofi tajaan TH Global. (Sumber : MStar)

Tahniah kepada semua para peserta akhir AQ5 yang cukup berbakat. Semoga percambahan ilmu akan menggalakan lebih ramai warga celik Al-Quran, pakar tajwid dan tarranum serta ilmuan Islam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
« Previous PageNext Page »