Masak lemak ikan tenggiri

Posted by qasidah | Recipe | Friday 6 May 2011 2:40 pm

Assalamualaikum readers,

Misi marathon makan ikan bersambung lagi. Hari ini saya pilih ikan tenggiri pula. Sangat besar dan makan space dalam peti sejuk. Satu minggu mesti ada memasak masakan bersantan..kena kurangkan kekerapan untuk menjaga kesihatan. Resepi hari ini tidak pedas kerana dimasak bersesuaian dengan Adam, supaya dia boleh makan sekali. Kalau nak tambah kepedasan sila masukkan cili padi/cili merah lebih banyak.

Bahan-bahan dikisar/tumbuk:

5 biji bawang kecil
1 inci Halia
1 inci kunyit
2 biji bawang putih
1 batang serai – dititik
1 biji Lada merah – ikut suka (nak pedas tambahkan)
Air asam jawa
garam dan perasa
santan kelapa
Daun kunyit yang diracik2..

Cara-cara:

  1. Mula-mula, perapkan ikan bersama garam dan kunyit kemudian digoreng setengah masak. Tujuannya supaya bila dimasak nanti ikan tidak mudah hancur.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk, letakkan secukupnya air asam jawa dan tambahkan garam dan perasa. Biarkan ia mendidih sebelum masukkan santan pekat. Tambahkan daun kunyit untuk aroma. 
  3. Kecilkan api dan kacau perlahan hingga mendidih sekali. Tutup api, sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

Resepi Kuih Lapis Merah-Putih

Posted by qasidah | Recipe | Tuesday 26 April 2011 3:50 pm

Assalamualaikum readers,

Dah lama nak makan kuih lapis buatan sendiri. Selalu dok syok makan kat majlis-majlis…dulu masa kecik-kecik, makan kuih lapis ni dikumpil selapis-selapis..macam jakun kan? Last time saya follow satu resepi, entahla..sukatannya terlebih kot…langsung tak boleh potong…manis pula tu. Kemudian sekali, campak dalam plastik. Huhu. Kesian rezeki..nak buat macamana..salah tukang masak ni kot.. :)

Semalam saya cuba satu resepi yang saya Google. Kita guna kaedah cuba-jaya..
Resepinya saya lupa ambil dari link mana…Halalkan yer.
Hasilnya…taraa…cukup dinikmati oleh kami sekeluarga…kebetulan pula semalam ulangtahun kelahiran adik ipar kembar dan abang ipar saya…cukuplah 1 loyang saya bawa ke sana…

Untuk kami, saya buat kelainan sikit. Guna acuan lompang…saja je..menambah kerajinan diri..

Resepinya :

KUIH LAPIS (loyang kecil)

  • 11/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 11/2 cawan gula – saya kurangkan
  • 1000 ml santan sederhana pekat

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender,blender semua hingga hancur dan sebati
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian ,1 bahagian putih(warna asal) dan 1 bahagian merah.
  3. Boleh la melapis dengan masukkan 1 cawan setiap bahagian buat selang seli…warnanya
  4. Setiap lapis 10 minit dan lapis terakhir 30 minit
  5. Sejukkan baru potong…

SELAMAT MENCUBA..

Pankek Madam Cda

Posted by qasidah | Recipe | Tuesday 19 April 2011 4:27 pm

Assalamualaikum readers,

Malam sudah termimpi makan pankek a.k.a Lempeng (kata orang Melayu)
Yang syoknya mimpi pasal pankek kat McDonald tu…kalau kat iklan-iklan McD ada ilustrasi pankek tu bubuh madu atasnya. Huk huk huk. Tak sanggup nak bertandang ke McD dek kerana pankek itu!
Baik madam buat sendirik kan lagi puas hati…tak terkata!

kalau ada rupa hangit lagi sedap! Haha

banyaknya...leh makan ramai-ramai

Setelah menyelongkar peti sejuk terjumpa kotak susu segar..Emm..yummy juga kalau ditambahkan susu segar, berkata-kata hati ini…Inilah resepinya…

Bahan-bahan:
Tepung gandum secukupnya
2 sudu gula (ikutlah kalau suka manis)
1 sudu Serbuk penaik
1 cawan susu segar
1 biji telur
sedikit esen vanilla
setitik pewarna kuning
sedikit garam
dan air secukupnya

  1. Masukkan semuanya ke dalam mangkuk adunan dan kacau sehingga sebati. Resepi madam senang jer, campur semua dan pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agaklah.
  2. Panaskan kuali leper. Bubuh 1 senduk dan biarkan masak dengan api kecil sebelum diterbalikkan
  3. Sedia dimakan dengan susu pekat, madu… :p
  4. Sesuai untuk breakfast atau minum petang…Makan panas-panas yer!

Kuih Apam Dot-Dot

Posted by qasidah | Recipe | Wednesday 13 April 2011 5:42 pm

Assalamualaikum readers,

Nak kongsikan satu resepi yang saya telah cuba oleh kerana dek geram dengan kecantikkan apam tu kat dalam slot WHI beberapa hari lepas. Terima kasih kat madam Lily kerana share ngan saya…

Ini dia versi madam Cda…oleh kerana rushing semalam nak cari acuan lompang yang jenis bulat takde, belilah yang segiempat. Cuma untuk acuannya je. Oklah kan…boleh bisnes tak macamni? Saya suka kaler merah dan biru ni. Macam mushroom hidup hehe…Kat freeze cuma ada kaler hijau, merah, biru dan kuning je. Nanti tambah pewarna lain yang cantik-cantik lagi…. (more…)

Serbuk penaik dan natrium bikarbonat

Posted by qasidah | Recipe | Wednesday 13 April 2011 5:03 pm

Assalamualaikum readers,

Saya selalu terkeliru dengan natrium bikarbonat dan tepung penaik (baking powder)..
Dah kedua-duanya mengandungi sodium bikarbonat dan berwarna putih..hehe!
kadang-kadang ada yang tulis bikarbonat soda aje kat label..
Cuma tepung penaik ada tambahan tepung dan asid sodium pirofosfat (rujuk pada ramuannya..)
kalau packagingnya sama mesti terkeliru lagi..:p


kalau buat kuih tu ada yang guna kedua-dua jenis bahan ni…
Entahlah…pernah satu kali buat kek coklat rasa terlebih natrium bikarbonat..rasa macam kelat lidah makan keknya…habis masuk plastik aje dek kerana tersalah tarukk…so, saya mengambil keputusan beli yang jelas berbeza warnanya supaya tidak pening2 lagi…kena baca label betul-betul ek.

Kuih Nagasari

Posted by qasidah | Recipe | Monday 11 April 2011 8:47 am

Assalamualaikum readers,

Hari Sabtu tadi, google resepi kuih Nagasari yang sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.
Dek kerana ada beberapa sikat pisang yang masak sesangat kat dlm freeze, kena fikirkan kuih ringkas selain cekodok pisang! Inilah resepi yang sesuai untuk orang yang tiada gigi..ha hak..!

Bahan-bahan ( 12-15 biji )
• 1 cawan tepung beras
• 5 cawan santan
• 2 sudu besar tepung jagung
• 3 sudu besar gula
• sedikit garam
• 5 biji pisang raja (potong serong, memanjang, membujur atau mana2
• Daun pandan, disimpul
• Daun pisang secukupnya

Cara-cara
1. Koyakkan daun pisang anggaran 20cmx 20cm dan layukan sekali lalu diatas api kecil.
2. Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati.
3. Tapis dan kacau diatas api yang sederhana hingga pekat lalu ketepikan.
4. Ambil satu senduk adunan & letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan.
5. Letak sepotong dua pisang dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.
6. Bungkus dengan lipatan kiri & kanan
7. Kukus didalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 minit.

** Pisang yang saya guna bukan pisang raja. Gunalah apa2 jenis pisang yang anda suka…kalau pisang raja, kalernya lebih cantik  dan kuning..Yummy! Yummy!

Resepi Donat enak lagi gebu

Posted by qasidah | Recipe | Tuesday 15 March 2011 3:22 pm

Assalamualaikum readers,

Sumber : www.myresepi.com

Hari ini saya berjaya membuat donat yang lembut, gebu dan enak dimakan…
tak sia-sia mengutip resepi dari myresepi…bahan2nya pun mudah..
kadangkala resepi yang ada perlu dicuba dulu..mana tau tak jadi..sebab sudah beberapa kali saya mencuba resepi di internet..ada yang terlalu padat dan keras..yang ini lembut seperti Dunkin Donut… :)

Ini resepinya  (30-35 biji) : (more…)

Popiah gulung inti sosej

Posted by qasidah | Recipe | Tuesday 15 March 2011 12:27 pm

Assalamualaikum readers,

Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resepi yang sesuai untuk makan petang. Breakfast pun boleh…
Oleh kerana saya alergik pada makanan laut, saya gantikan dengan sosej..

Bahan-bahan:

7 batang Sosej ayam- direbus (kurang minyak) dan dipotong halus
Sayuran – saya guna taugeh, lobak, sengkuang,kacang panjang – dihiris halus
1/2 kiub ayam
Garam
Sedikit air
Bawang dan bawang putih dihiris halus
Kulit popia – beli kat kedai yee…
Sedikit tepung gandum + sedikit air (untuk jadi gam) (more…)

Resepi Onde-onde

Posted by qasidah | Recipe | Thursday 10 March 2011 12:53 pm

Assalamualaikum readers,

Petang semalam buat onde-onde..sebab dah teringin nak makan…
Onde-onde dgn buah melaka sama aje kan?
Pegi pasar dah beli gula melaka/gula nira yang handmade..melayu punya.
Okeylah gula tu tak terlalu manis tak macam gula melaka ketul-ketul yang besar tu..

Resepinya mudah aje…

Tepung pulut
1 cawan Jus pandan (blender pandan original)
sedikit garam

gula melaka dipotong dadu
1/2 biji kelapa muda – putih sahaja

Cara-cara :

  1. Tepung pulut +jus pandan + 1/2 sudu kecil garam + sedikit air.
  2. Letak air sedikit-sedikit hingga adunan boleh digentel
  3. ambil sebesar ibu jari dan leperkan..masukkan gula melaka ditengah-tengah. Tutup semula dan bentukkan seperti bola.
  4. Panaskan air hingga didih dan masukkan bebola pulut tadi.
  5. Tunggu sehingga timbul dan tuskan atas tapisan.
  6. Golekkan onde-onde pada kelapa parut muda yang dah ditambah sedikit garam…
  7. Sedia dimakan… :)

kuih onde-onde..yummy!

p.s : Kalau malas boleh buat bebola besar-besar..kalau rajin kecil-kecil…gula melaka pun kena potong kecil…kalau tak manis sangat…tak baik makan manis-manis k…

Resepi Karipap

Posted by qasidah | Recipe | Friday 4 March 2011 1:10 pm

Assalamualaikum readers,

Harini saya nak kongsikan satu resepi yang telah saya cuba…
Saya search di internet tapi lupa link dimana saya ambil resepi ni…
Selalunya resepi yang saya publish dah saya cuba dan amat sesuai dicuba…InsyaAllah sedap!
Sedap la kalau inti sedap..hehe…kalau tak gunakan inti kentang saya gunakan juga scramble eggs..
Alhamdulillah…so yummy!!

Ini resepinya…selamat mencuba….

Bahan-bahan ( 50 biji )

Bahan Inti :
• 500 g kentang – dipotong dadu
• 300 gm bawang besar – dipotong dadu
• 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil (guna daging cincang Ramly yang dah ready made pun boleh…lagi jimat masa.)

Tumbuk Lumat :
• ½ biji bawang besar
• 2 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• ½ inci halia
• ½ sd besar jintan manis
• 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
• 2 sudu besar minyak
• ½ batang besar kulit kayu manis
• 2 sd teh gula / secukup rasa
• 1 sd teh garam / secukup rasa
• 350 ml air

Doh Karipap :
• 500 g tepung gandum – diayak
• ½ sd besar garam
• 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
• 1 biji telur
• ½ cawan ais
• 250 ml air
• Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai (more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Next Page »