Hukum rebonding rambut mengikut syarak

Posted by qasidah | Information,Tazkirah | Friday 6 May 2011 3:37 pm

Assalamualaikum readers,

Tazkirah ini dipetik dari : www.mykhilafah.com untuk dikongsi bersama.

Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094).  Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait dengan rambut seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut, menyambung rambut dan mewarnainya.  Rebonding juga termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi hukumnya perlu diperincikan.

Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk kita mendalami realiti dan fakta proses rebonding itu sendiri. Rebonding adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut si pemiliknya agar rambut jatuh lebih lurus dan lebih indah.  Proses rebonding mempunyai dua peringkat iaitu:

Rebonding

Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan protein rambut.  Kemudian rambut dikepit seperti diseterika dengan alat pelurus rambut bersuhu tinggi.  Kedua, rambut disapukan dengan krim tahap kedua untuk mengekalkan kelurusan rambut.

Proses rebonding melibatkan proses kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut.  Protein pembentuk rambut manusia dinamakan keratin, yang terdiri dari unsur cystine iaitu sebatian asid amino yang memiliki unsur sulfida.  Ikatan disulfida -S-S- dari cystine inilah yang paling penting dalam menentukan bentuk rambut kita.  Rambut berbentuk lurus atau kerinting disebabkan keratin mengandungi ikatan disulfida yang membuat molekul mengekalkan bentuk-bentuk tertentu.

Dalam proses rebonding, sejenis krim khas disapu ke atas rambut  bertujuan untuk membuka/memutuskan ikatan disulfida itu, sehingga bentuk rambut yang kerinting menjadi lurus. (more…)

Trend membunuh diri

Posted by qasidah | Tazkirah | Monday 11 April 2011 8:09 am

Assalamualaikum readers,

Terkini kita selalu mendengar/membaca perihal manusia menamatkan usianya dengan jalan yang paling singkat – membunuh diri! Tidak kiralah Muslim atau non-Muslim, ramai yang mengambil jalan penyelesaian mudah, berfikir secara singkat dengan membunuh diri tidak kiralah terjun bangunan, minum racun, gantung diri atau mencederakan diri secara fizikal. Baru-baru ini pun kita dikhabarkan mengenai spekulasi membunuh diri oleh pegawai atasan kerajaan. MasyaAllah…

Data dari Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan (NSRM-National Suicide Registry Malaysia) mendapati sekurang-kurangnya dua orang membunuh diri setiap hari dengan kadar purata 60 orang dalam sebulan. Ia satu trend yang didapati menyamai trend bunuh diri di negara Amerika. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati setiap tahun, satu juta orang akan meninggal dunia kerana membunuh diri, dengan anggaran purata sebanyak 3,000 kejadian setiap hari. Bayangkan jika trend tersebut meningkat setiap tahun?? Jalan penyelesaian mudah yang bakal mengundang fenomena yang membimbangkan ini perlu ditangani segera. -Utusan

Selalunya, kes bunuh diri tidak dapat dipisahkan dengan keadaan mereka yang mengalami tekanan/stress dan individu yang gagal berfikir secara waras dalam menghadapi cabaran hidup memungkinkan golongan seperti pesakit mental kronik seperti skizofrenia, kecelaruan personaliti, masalah cinta dan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol cenderung membunuh diri.

Sesungguhnya, tidak ada mana-mana individu yang sihat dan gembira menjalani kehidupan mereka sanggup membunuh diri sendiri, melainkan apabila keadaan menjadi sebaliknya, atau mengalami illusi yang menyuruh mereka melakukan cubaan membunuh diri. Dari segi agama Islam pula, apapun alasan atau situasi – membunuh diri adalah salah satu dosa besar. Nauzubillah…Sedarlah wahai saudara seIslamku..

Qasidah : Berfikir panjang sebelum memilih jalan singkat ini – fikirkan keluarga, anak-anak yang ditinggalkan. Apakah kesan tindakan anda atas kehidupan mereka akan datang?

House PK versus Anwar Ibrahim

Posted by qasidah | Tazkirah | Tuesday 5 April 2011 11:36 pm

Assalamualaikum readers,

Saya bukanlah orang yang layak berbicara mengenai politik..
bahkan bukan pada line politik apatah lagi bercita-cita menjadi ahli politik..
Selepas pendedahan House PK (tak tau pun ada website ni) try google House PK sebab keluar kat TV3 heading websitenya…muncullah website ini yang katanya ada sedikit sedutan video Anwar Ibrahim sehinggakan trafik jammed masuk ke websitenya dengan user online lebih kurang 117 orang yang menonton video tersebut selepas dipublish..

Wahh…glemer sungguh House PK ni…bukan sekadar hentaman kata-kata di blognya…
suatu pendedahan berani…masalahnya siapakah penulisnya? nak tau jugak…
pasti bulan ini websitenya akan menjadi famous amoss…dengan trafik yang lebih tinggi..
pelik juga…dimana dia dapat video ini…katanya cuma diberikan pada pihak polis..
Di luar sana ramai konco2 sokongan yang sedia mengupload video tersebut bila-bila masa..
Yang pasti ada yang mengatakan skandal seks ini sebenarnya untuk tujuan memprovokasi Anwar dan memberi undi kepada BN..almaklumlah sedang rancak kempen di Sarawak nun..

Yang saya nak ulas sebenarnya…publisiti memainkan peranan penting untuk meningkatkan rating sesebuah website..kena keluarkan berita-berita yang fresh supaya mendapat rating pertama dalam enjin carian!
Editor House PK ini memang bijak memainkan peranan menpromosi websitenya dengan berita-berita panas yang bertalu-talu…tak usahlah saya mempersoalkan cerita Anwar Ibrahim..realitinya..beliau sudah banyak terpalit skandal-skandal seks yang menyebabkannya menghuni penjara…benar atau tidak?? WallahuA’lam..seharusnya beliau perlu tampil mempertahankan diri sekiranya tidak bersalah..Berani kerana benar! Tunjukkan sahaja jam Omega itu jika ada dalam simpanan isterinya..

Qasidah : Agak malu juga apabila menonton berita Singapura…turut memaparkan berita skandal seks terbaru Anwar Ibrahim ini…macamlah rakyat Malaysia ni gila seks…lelaki dan perempuan pun layann…Uhuhu….malu-malu…bilalah semua ini akan berakhir? Bosan dengan politik Malaysia…

TV Channel ~GTP 2010 dan Atilia..

Posted by qasidah | Tazkirah | Monday 28 March 2011 12:02 pm

Assalamualaikum readers,

Malam tadi seperti biasa menonton TV. Macam-macam channel ditukar bersilih ganti.
Itulah gunanya remote..memudahkan kerja manusia…tak payah dok tekan-tekan bebutang kat panel TV kan..
Terkunci sekejap kat channel 5 Singapore…ditayangkan cerita ‘Jumper’…
Cerita ni memori sket..sebab ni la salah satu movie yang kami pernah tonton kat wayang masa zaman jahiliyah dulu…ada banyak juga movie seperti Transformer, XXX..emm…tah ape-ape..lupa dah..
Kalau tengok cerita yang dah tengok kadang-kadang rasa boleh tau sebanyak mana memori kita boleh refresh, so kami pun menonton sehingga tamat…syookk! Kalaulah boleh jadi Jumper!

Berpindah pulak ke NTV7..cerita pasal jerung insang 6..ada macam-macam jenis jerung kat dunia ni rupanya..baru tau…TV1 pula tayang program GTP 2010 (Government Transformation Programme) secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil. Ucaptama oleh Perdana Menteri meliputi enam inisiatif NKRA menerusi GTP iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, memperbaiki infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar.

Biasalah, kalau program-program kerajaan kurang mendapat sambutan sekiranya tidak diselitkan hiburan. Masyarakat Malaysia kan telah lama dibiarkan hanyut dengan hiburan sejak dahulu lagi…hm…ada sesuatu yang tak berkenan di hati. Dalam acara-acara rasmi macamni, ada pula penyanyi Atilia membuat persembahan nyanyian..dia memang berbakat. Cuma cara berpakaiannya macam tak sempurna.

Eiii…malunya PM dan menteri-menteri tengok. Tak tahu acara rasmi ke? Patut kena halang sebelum naik pentas. Pakai baju sampai paras atas dari lutut pun boleh buat persembahan acara rasmi kerajaan?? Uhhuhu…terus tukar channel. Malu nak tengok..macam tak ada otak, tak tau ke etika berpakaian (kan Melayu, Islam pula tu)…pakailah seluar labuh ke….:( Cantik sangatlah betisnya…huhu…beginikah ikon-ikon yang dipuja untuk GTP…

:: Bukan mengkritik, Sekadar peringatan dan renungan buat bersama. Di mana jatidiri kita? ::

Pesanan buat ibu bapa sekalian..

Posted by qasidah | Parenting Guide,Tazkirah | Wednesday 23 March 2011 11:38 am

Assalamualaikum readers,

Malam tadi saya dihidangkan dengan sedikit tazkirah oleh Abi.
Biasalah, masa nak tidur kami kadangkala berbicara perkara-perkara yang serius sikit…
Sekarang tidak sekerap dulu, Abi pulang agak lewat dari jadual biasa kerana menyiapkan jadual training..

Abi berpesan pada saya, “Jangan selalu pukul anak, nanti terbiasa…”
“Eh…mana ada Ummi pukul Adam..pukul manja jer…kalau tak dengar cakap Ummi warning dia…”
“Taklah…Abi ingatkan aje..sebab Abi teringat satu cerita….”, kata Abi.. (entah kat mana Abi baca kisah ni…)

Alkisah…Si Bapa baru sahaja membeli kereta baru…memang masih kilat. Kereta tersebut tidak dibawa ke tempat kerja…si bapa menggunakan kereta lama untuk pergi dan balik setiap hari..Huhu..kereta baru duduk kat garaj jer?? Satu hari bila si bapa pulang ke rumah dilihatnya keretanya calar-calar dek kerana diconteng oleh anak menggunakan batu..si bapa apalagi mengamuk tahap GABAN…diketuk-ketuk tangan si anak sehingga biru-biru kerana dikatakan tangan itulah yang mencalarkan keretanya.. (more…)

Rahsia Surah Al-Kautsar

Posted by qasidah | Tazkirah | Friday 11 March 2011 9:11 am

Assalamualaikum readers,

Salam Jumaat untuk semua…hari ni saya nak kongsikan kelebihan mengamalkan Surah Al-Kautsar :

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...